Adakah anda seorang pelupa? Nyanyuk? Demensia? Owh bunyinya agak keterlaluan bukan? Lupa dan nyanyuk adalah berbeza. Cukup sekadar kita kongsi cerita mengenai masalah mudah lupa. Bimbang dengan diri yang mudah lupa akan sesuatu? Kadang kala ini yang berlaku pada diri kita. Mungkin hal ini nampak ringan, namun begitu jangan biarkan diri anda digelar SI PELUPA!
Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel yang mengupas isu SI PELUPA di kalangan golongan muda. Tahukah anda setiap individu mengalami proses penuaan? Sudah pastilah kerana manusia diciptakan semakin matang dan semakin berusia. Itulah dinamakan perjalanan kehidupan. Pentingnya adalah pengisian hidup sepanjang usia kita. Sel-sel otak dalam diri kita juga mangalami prosesnya yang tersendiri. Sel-sel otak semasa kita kecil akan membina dan bertambah, semakin kita berusia sel-sel ini sedikit demi sedikit akan mati. Inilah dinamakan lumrah atau fitrah kehidupan. Namun begitu kita boleh berusaha untuk membantu melambatkan proses penuaan melalui permakanan dan penjagaan kesihatan yang baik.
Bagaimana untuk memperolehi otak yang sihat?
- Bagi memiliki otak yang sihat, aktiviti dan amalan seharian kita juga perlulah 'sihat'. Bersenam, bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling, menikmati keindahan alam melalui aktiviti outdoor dan melakukan kerja secara work smart boleh membantu anda mengekalkan mahupun meningkatkan kesihatan otak.
- Emosi juga akan memberi kesan kepada kesihatan otak. Jaga emosi kita supaya sentiasa positif dan jauhkan dari aura-aura negatif. Bagi memiliki emosi yang stabil, fikirkan yang baik-baik sahaja.
- Bagi orang muslim pula, santapan rohani dan amalan mendekatkan diri kita kepada Allah adalah antara cara terbaik bagi memiliki otak yang sihat. Melalui zikir dan pembacaan Al-Quran juga sel otak kita akan berfungsi dengan lebih baik.
- Terdapat juga kajian yang menyatakan cara memiliki otak yang sihat adalah melalui aktiviti menguji minda seperti 'brain teaser games', melakukan pengiraan matematik, bermain games secara tidak keterlaluan dan berteka teki.
- Antara cara lain untuk memperolehi otak yang sihat adalah melalui pemakanan yang sihat. Pelbagai makanan yang boleh membantu memperolehi otak yang sihat. Kurma, kismis, badam, telur, keju, ikan dan pelbagai lagi makanan-makanan yang seimbang. Perbanyakkan makanan yang membekalakan sumber Omega-3 dan Vitamin B juga. Makanan ringan perlulah dijauhkan lebih-lebih lagi yang mengandungi MSG.
TAHUKAH ANDA?
Omega-3 (EPA dan DHA) akan mengawalatur perembesan dan keupayaan neurotransmiter di otak. Sebab itulah ia amat penting dalam meningkatkan keupayaan otak untuk bekerja. Sumber paling utama untuk perolehi Omega-3 adalah melalui ikan. Omega-3 ini juga mempunyai asid lemak politaktepu. Keseimbangan asid lemak politaktepu dalam badan boleh menjadi aras pengukur kecerdikan seseorang. Manakala ketidakseimbangannya pula akan menyumbang kepada masalah kesukaran dalam pembelajaran, masalah sikap termasuklah gangguan disleksia, ADHD dan autism. *(dipetik dari artikel 'Makanan Membina Otak Sihat' dari www.ikim.gov.my)
Vitamin B12 juga penting untuk otak. Kandungan cyanocobalamin yang terdapat dalam vitamin B12 akan membantu saraf dan akan terlibat dengan pembentukan sel darah di dalam tulang sum-sum. Kekurangan Vitamin B12 boleh menyebabkan otot menjadi kejang, jalan tidak seimbang dan pergerakan menjadi kaku. Secara tidaklangsung ia boleh menjangkiti bahagian otak, mata dan juga saraf tunjang. *(dipetik dari artikel 'Orang Muda Juga Berisiko Dimensia' dari Majalah Rapi)
Jika anda mencari suplemen yang boleh membantu anda membekalkan sumber Omega-3 (EPA-DHA) dan Vitamin B12 (Cyanocobalamin), Shaklee ada menyediakan suplemen tersebut dalam bentuk kapsul yang lebih mudah untuk di ambil.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini dengan lebih lanjut atau mahu membelinya buat diri anda dan mereka yang tersayang, anda boleh menghubungi saya melalui whatapps/sms/call di talian 012-3964606 atau pm saya di www.facebook.com/mamaalyabiz12.