Assalamua'alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah akhirnya terbuka jua pintu hati ni untuk membuka sebuah blog (macam tak percaya pula ekeke.. Orang lain tak kecoh pun tapi kalau namanya Nurul, mama alya ni semuanya kecohla ;p). Diharapkan blog ini nanti dapat menjadi satu wadah yang sempurna untuk kita bersama. INSYALLAH.
Sebagai pengenalan ringkas, blog yang baru dibuka ini bertujuan untuk berkongsi cerita, pengalaman serta ilmu buat mereka yang sama-sama sudi berkongsi minat dan cerita yang sama (esp mommies/ ummiS / mamaS / ibuS / bondaS / emakS secara khasnya dan para ISTERI (bidadari syurga dunia) dan wanita-wanita yang hebat diluar sana). Hurm.. Dahulunya saya sering tertanya-tanya macam mana agaknya blogger-blogger ini mempunyai idea untuk mengarang/ membuat nukilan atau bahasa pasarnya 'menggoreng' untuk mengisi blog masing-masing. Wah macam hampir tidak percaya, saya bakal melalui saat-saat itu. Setelah berfikir panjang (hehe lama betul tu) dan mendapat sokongan dari keluarga (esp. my lovely dovely hubby =p psss..bodek sikit) dan kawan-kawan yang best (esp. sifu aimi n hubbynye rafi), saya menyahut cabaran untuk men'transform'kan bebelan saya yang kononnya sedikit sebanyak ada jua ilmu yang boleh dikongsikan melalui sebuah blog yang siberi nama MamaAlyaBiz ini.
Kenapa MamaAlyaBiz?? Hurm dipilih kerana... saya ni kan mama kepada Nur ALYA Insyirah yang comel tu (puji anak sendiri, mensyukuri rezeki Allah beri) dan biz tu pula ala2 singkatan untuk BUSY la (sibuk sangat berangan sebenarnya hehehe) atau yang sedikit tersembunyinya biz tu adalah business =) Wallahu'alam.. Diharapkan nama blog MamaAlyaBiz ini tidak mengganggu pemikiran sesiapa (owh apekah? hehe). Cukupla setakat ini dahulu, rugi rasanya bebelan yang kosong ini dileret panjang.
Akhir kata, saya berdoa dan memohon pembaca semua mendoakan agar saya dapat menjadikan blog ini sebagai satu wadah yang boleh memberi manfaat buat sesiapa yang membaca dan buat diri saya sendiri juga. Andainya ada kata-kata yang mengguris hati, kurang enak dibaca atau tidak sewajarnya dinukilkan di dalam blog ni, sesiapa sahaja dialu-alukan untuk memberi komen, menegur mahupun memberi kritikan yang membina. Doakan niat utama ini tidak terpesong ye. InsyaAllah. SALAM PERKENALAN buat semua dan SELAMAT DATANG ke www.MamaAlyaBiz.blogspot.com.
p/s : kepada mok tersayang (bekas guru kanan bahasa sekolahku jua), maafkan anakmu ini kerana tidak menjaga tatabahasa yang betul di dalam blog ni ye. Kita buat 'simple' punya penyampaian =).
No comments:
Post a Comment