Tuesday, 28 October 2014

Tips Kurus Secara Sihat Bersama Set Slimming Shaklee


Ramai wanita mahupun lelaki berusaha untuk menguruskan badan. Pelbagai sebab mereka hendak menguruskan badan. Antara sebab paling utama adalah untuk kesihatan dan penampilan yang lebih menarik.

  • Bagaimana hendak kurus secara sihat? 
  • Perlukah kita berpantang atau mengikat perut? 
Shaklee menawarkan produk-produk suplemen yang boleh membantu merealisasikan impian anda untuk kurus. Berikut adalah 3 konsep utama untuk mengawal berat badan dengan Set Pelansingan Shaklee.

  1. BAKAR - Lecithin / Omega : Berfungsi sebagai pemecah atau pembakar lemak 
  2. BUANG - Alfalfa / Herb
    lax : Berfungsi memecahkan /membuang lemak dan toksin dari badan
  3. BINA BADAN - ESP / Cinch : Berfungsi membina otot dan mengelakkan kulit menggelebeh 

Adakah memadai dengan sekadar mengambil Set Pelangsingan Shaklee akan membuatkan saya kurus? Itulah antara soalan yang kerap diterima. Ramai yang mengambil produk shaklee tetapi tidak mengamalkan cara pemakanan yang salah. Tahukah anda mana-mana produk pelangsingan tidak akan berkesan sekiranya anda tidak mengamalkan kaedah / cara yang betul. Jadi bagaimana hendak memastikan ianya berkesan dan anda dapat mencapai target untuk kurus secara sihat? Ikuti 4 langkah mudah (jika betul-betul fokus =D). 

1. MENGIRA KALORI BADAN
Kalori badan setiap individu adalah berbeza mengikut faktor jantina, berat badan, ketinggian dan umur. Apa itu kalori? Kalori inilah yang dipanggil unit tenaga dalam badan yang akan kita gunakan dalam melakukan aktiviti seharian. Kalori ni terdiri dari 3 unsur penting iaitu protein, karbohidrat dan lemak. Bagaimana nak mengira kalori ini? Anda kenalah kira Basal Metabolic Rate (BMR) dan Daily Calorie Requirement (DCR). Gambar dibawah adalah cara mengira BMR dan DCR. Bagi yang menggunakan handphone android bolehlah download apps myfitnesspal ye.

2. JANGAN SKIP WAKTU MAKAN
Tak usahlah susahkan diri anda dengan skip waktu makan. Apabila anda tidak mengambil makanan pada sesuatu masa yang panjang, kadar metabolisma badan boleh menurun. Sebagai contoh kiranya kita berlapar sehari dua, kita mmg boleh turun berat badan dengan cepat tetapi selepas proses berlapar itu berat badan boleh naik semula dengan mendadak. Lebih cepat gemuk dari sebelum waktu berdiet lapar. Ini dipanggil kesan flip flop. Oleh itu, tak usahlah skip waktu makan. Makanlah biar 5 kali sehari. Biar kerap tapi sedikit. Makanlah mengikut jumlah keperluan kalori badan anda. 

3. PILIHLAH MAKANAN ANDA DENGAN BETUL
Berdiet ni bukan sekadar memilih makanan yang berkhasiat sahaja tetapi jumlah kalori dari makanan yang diambil juga perlu diperhatikan. Semangkuk hidangan oat memang berkhasiat. Oat juga makanan diet yang baik. Tetapi jika anda ambil 5-6 mangkuk oat sehari yang mempunyai 145cal dan anda juga ambil makanan lain yang mempunyai kiraan kalorinya yang tersendiri, kemungkinan anda mengambil jumlah kalori yang berlebihan dari sepatutnya. Apabila kita mengambil kalori melebihi dari keperluan badan, kalori yang tidak digunakan badan itu akan menjadi lemak pula.

4. NAIKKAN PARAS METABOLISMA BADAN
Kadar metabolisma kita menurun apabila usia kita meningkat. Jadi bagaimana untuk menaikkan paras metabolisma badan? Berikut adalah tips untuk menaikkan kadar metabolisma badan anda;
  • Minum Air Kosong Secukupnya - setiap 25kg berat badan kita, memerlukan 1L air. Jika berat badan anda 50kg, maka anda perlulah mengambil 2L air kosong sehari.
  • Ambil Kalsium - kekurangan kalsium dalam badan boleh menghasilkan hormon yang membuatkan lemak berpaut pada badan / menyukarkan proses pembakaran lemak. Sekiranya anda tidak minum susu, bolehlah ambil kalsium Shaklee "Ostematrix" ya =).
  • Makan Snek Berserat Tinggi (High Fiber) - Bagi waktu kudapan pagi atau minum petang, anda bolehlah ambil snek yang high fiber. Jangan lupa ye, usah biarkan badan anda kelaparan dalam tempoh yang panjang. Tidak salah untuk kerap makan tapi biarlah setiap kali makan itu berkualiti dan bersesuaian kuantiti kalorinya. 
  • Tidur Secukupnya - Kadar metabolisma badan akan menurun sekiranya anda kurang tidur atau terlebih tidur. 
  • Jangan Biarkan Diri Anda Stress - Sekiranya kita stress satu hormon dalam badan iaitu hormon kortisol akan menghantar signal pada otak mengatakan badan kita perlu menyimpan lebih lemak. Ingat ye biar tenang selalu, jika anda stress bolehlah ambil suplemen vitamin B Shaklee "BComplex" =).
  • Ambil Vitamin C - Tujuannya bagi memastikan penyerapan kalsium dengan sempurna. Kalsium penting bagi meningkatkan kadar metabolisma badan. Pastikan anda mengambil vitamin C yang baik seperti Sustained Released Vita C Shaklee =).
  • Ambil Makanan Pedas - Makanan pedas boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Ambil dengan kadar sedikit. Usah terlalu banyak dikhuatiri memudaharatkan kesihatan perut anda pula. 
  • Minum Teh Hijau - Teh hijau baik untuk penyahtoksin (detox). Teh hijau juga baik meningkatkan kadar metabolisma. Shaklee juga ada teh hijau iaitu Cinch Tea. Cinch Tea ini mempunyai taurina yang baik untuk meningkatkan kadar metabolisma badan. Sangat sesuai bagi mereka yang nak menguruskan badan =). 
Jadi apa lagi yang anda tunggu, bertindak segera. Usah bertangguh untuk memastikan badan anda sihat dan penampilan anda juga menarik. Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai Set Pelansingan Shaklee. Konsultasi percuma dan tips akan dikongsikan bersama bagi pelanggan MamaAlyaBiz. Call/SMS/Whatsapp 012-3964606 (nurul).

No comments:

Post a Comment