Tuesday, 11 December 2012

GREAT GIVEAWAY TIME @)-->--

Assalamua'laikum, Salam Sejahtera dan Salam Sayang buat semua pelanggan dan pengunjung mamaalyabiz.blogspot.com. 



Rasanya sudah cukup lama blog MamaAlyabiz ini tidak di'update'. Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf di atas kesepian yang sekian lama. Hari ini 12.12.12 merupakan satu tarikh yang mungkin ditunggu-tunggu sesetengah individu. Ada di antara kita yang menjadikan 12.12.12 sebagai hari yang teristimewa buat diri mereka dan yang tersayang. MamaAlyaBiz juga tidak mahu ketinggalan untuk menggunakan tarikh yang cukup cantik ini sebagai satu tarikh yang istimewa buat pelanggan dan pengunjung MamaAlyaBiz. 



Diumumkan KAMI ADMIN DARI MAMAALYABIZ akan mengambil tarikh 12.12.12 ini sebagai tarikh untuk MEMBERIKAN GIVEAWAY kepada anda. Bagaimana nak dapatkan giveaway ini? Mudah sahaja, berikut adalah perkara yang ada perlu lakukan;

1) Like fanpage MamaAlyaBiz adalah perkara yang wajib dilakukan untuk melayakkan anda menerima GIVEAWAY ini

2) 'Share'kan banner dan 'link' GIVEAWAY blog mamaalyabiz yang terdapat di page www.facebook.com/MamaAlyaBiz12 @ FB Nnurull Nmh pada 12.12.12 ini dan Postkan di wall anda. Ini juga wajib ye.

3) Bagi pelanggan MamaAlyaBiz, anda perlu masukkan 'comment' anda mengenai produk Shaklee yang anda gunakan di entry giveaway ini @ di page MamaAlyaBiz. Comment terbaik melayakkan anda untuk dipilih mendapatkan giveaway bernilai RM50.

4) Bagi pengunjung MamaAlyaBiz, anda hanya perlu masukkan comment anda mengenai entry Giveaway di blog ini. Comment terbaik yang dipilih akan mendapat giveaway bernilai RM25. 

Jadi apa yang ditunggu lagi, saya yakin anda tidak akan kecewa selepas melakukannya, setiap penyertaan yang memenuhi syarat-syarat di atas akan menerima cenderahati dari MamaAlyaBiz tanda penghargaan. Anda merupakan aset berharga kami.

NANTI DULU!! ADA LAGI TAWARAN HEBAT PADA 12.12.12 INI!!

Sempena 12.12.12 ini juga MamaAlyaBiz menawarkan freegift dan voucher istimewa kepada pelanggan yang membeli set Euphoria atau mana-mana produk Shaklee bernilai RM100 dan ke atas. Syaratnya mudah sahaja, anda hanya perlu membuat pembelian dan pembayaran pada 12.12.12. Jangan lepaskan peluang ya!! 



Sekiranya anda berminat untuk membeli Mealshake dan mengetahui dengan lebih lanjut, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 012-3964606 (call/sms), atau add FB saya Nnurull NMH atau like fanpage mamaalyabiz12 atau anda boleh comment di blog saya mamaalyabiz.blogspot.com. Pastikan anda membeli produk Shaklee dari pengedar yang sah seperti saya. Setiap pembelian dari mamaalyabiz akan mendapat panduan pemakanan dan konsultansi percuma! Hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa.
   
continue reading "GREAT GIVEAWAY TIME @)-->--"

Sunday, 2 December 2012

Kekal Sihat dan Bertenaga dengan Sarapan Pagi yang Lengkap buat Seisi Keluarga.



Kesibukan masa kini yang diibaratkan seperti mengejar masa yang berlalu. Kesibukan juga  seringkali menyebabkan para ibu tidak berkesempatan untuk menyediakan sarapan yang berkhasiat buat diri dan mereka yang tersayang. Masih ramai yang tidak menghiraukan pengambilan sarapan yang sihat. 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan kepada semua pengunjung dan pelanggan mamaalyabiz mengenai satu produk yang boleh membantu anda untuk mendapatkan sarapan pagi yang lengkap dan berkhasiat.


Meal Shake Shaklee merupakan hidangan nutrisi yang lengkap yang diperlukan oleh badan kita. Ia juga mengandungi asid amino dan nutrisi yang mudah diserap untuk kegunaan seharian. Nutrisi yang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, dan lactalbumin (sejenis susu) ini adalah sesuai untuk semua peringkat golongan termasuk kanak-kanak yang membesar, pelajar, ibu yang mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit dan orang yang sibuk bekerja.

Apakah Lactalbumin?
Lacbultamin adalah bahan baik yang mengandungi organism protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap oleh sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Apakah manfaat yang boleh diperolehi dari Mealshake?
  • Nutrisi lengkap yang menyediakan hidanagan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan tubuh badan.
  • Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh – Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut organ, darah, imun dll.
  • Membantu Tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium untuk membantu tumbesaran gigi dan tulang serta sel-sel untuk proses membesar. 
  • Anti-Oksidan – Mengandungi vitamin A, C, E, Zink, selenium sebagai agen ati-oksidan yang membantu bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan Seri Wajah – Mealshake juga mengandungi vitamin B, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus boleh memberikan kulit /wajah yang lebih berseri.
  • Detoksifikasi- Kaya dengan serat larut yang boleh membantu membuang lemak yang berlebihan serta membuang sisa buangan dari perut dan usus.
  • Dan paling digemari adalah kelazatan rasa Mealshake itu sendiri – Haa!! Apa lagi yang ditunggu, buat pilihan yang bijak untuk mendapatkan minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi. InsyaAllah ianya akan membantu penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga.


Berikut adalah testimonial yang diperolehi dari mereka yang telah mengambil Mealshake sebagai alternatif untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap kepada si manja, diri sendiri dan mereka yang disayangi.

1) Membantu lebih bertenaga bagi mereka yang sibuk bekerja malam


2) Anak mudah bangun dan lebih cergas di pagi hari


3) Membantu tumbesaran yang sihat dan imunisasi yang lebih baik


4) Membantu tidur yang lebih lena.



Pilihan  di tangan anda! Sekiranya anda berminat untuk membeli Mealshake dan mengetahui dengan lebih lanjut, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 012-3964606 (call/sms), atau add FB saya Nnurull NMH atau like fanpage mamaalyabiz12 atau anda boleh comment di blog saya mamaalyabiz.blogspot.com. Pastikan anda membeli produk Shaklee dari pengedar yang sah seperti saya. Setiap pembelian dari mamaalyabiz akan mendapat panduan pemakanan dan konsultansi percuma! Hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa.

continue reading "Kekal Sihat dan Bertenaga dengan Sarapan Pagi yang Lengkap buat Seisi Keluarga."

Saturday, 1 December 2012

Kekal Aktif dan Berstamina dengan Performance Drink




Adakah anda seorang yang aktif bersukan dan seringkali sibuk dengan kerja harian? Adakah anda kurang gemar minum air masak dan lebih suka minuman yang berperisa? Adakah anda mencari minuman yang boleh mengekalkan stamina anda? Shaklee ada menawarkan satu minuman yang boleh membantu anda untuk mendapatkan jawapan kepada kesemua soalan diatas? Tidak salah untuk mencuba kerana anda akan berpuas hati dengan nutrisi yang ada.   
Performance Drink merupakan satu minuman gabungan Elektrolit +Mineral. Komponen Elektrolit yang penting iaitu Sodium, Chloride, Magnesium, Kalsium dan Potasium. Ia membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. Baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot).


Manfaat utama yang diperolehi dari Performance Drink ini ialah;


  • Membantu Meningkatkan Daya Ketahanan Badan – memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal serta membantu meningkatkan daya tahan otot. 
  • Membantu Membekalkan Tenaga – ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. 
  • Mencegah Penyahhidaratan – mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan dan melembabkan kulit.
  • Membantu mengekalkan Paras Gula – terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot. 
  • Performance Drink ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal. Sesuai kepada mereka menetapkan kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian. Sangat sesuai bagi mereka yang kerap bersukan, berbasikal, mendaki gunung, berpuasa, kepenatan, tidur lewat malam, cirit birit, sebelum dan selepas pembedahan. 
  • Ia minuman pilihan ahli angkasawan NASA dan para atlet Amerika Syarikat. 
Hubungi admin mamaalyabiz.blogspot.com di talian 012-3964606 atau add FB nnurull Nmh atau like fanpage mamaalyabiz12 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan harga istimewa. Konsultasi   dan panduan makan akan diberikan kepada semua pelanggan mamaalyabiz =).  

continue reading "Kekal Aktif dan Berstamina dengan Performance Drink"

Tuesday, 27 November 2012

Kalsium, Wanita dan Osteoporosis ?


Kalsium merupakan salah satu mineral yang penting untuk tubuh badan kita. Kalsium amat penting kepada semua peringkat umur terutamanya di peringkat kanak-kanak dan remaja bagi pembentukan tulang dan gigi yang baik. Manakala untuk orang dewasa pula, kalsium adalah penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka. Hasil kajian dr Universiti Putra Malaysia dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Kekurangan kalsium? Apakah risikonya?

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalicia di kalangan orang dewasa. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang berlakunya penyakit ‘osteoporosis’. Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang senyap dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapi penyakit ini setelah megalami retak atau patah tulang.

continue reading "Kalsium, Wanita dan Osteoporosis ?"

Sunday, 25 November 2012

Senarai Harga Runcit Produk Shaklee

Berikut adalah harga runcit bagi produk Shaklee untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak.






Produk Shaklee hanya boleh didapati di cawangan Shaklee dan pengedar sah Shaklee termasuklah mamaalyabiz.blogspot.com 
(Nurulakmal, ID Shaklee : 883962)

Setiap pesanan akan dihantar terus ke pintu rumah anda dengan kadar rata RM 10 untuk Semenanjung dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak.  Tempoh penghantaran adalah 2-3 hari bekerja. Penghantaran akan dibuat pada hari yang sama sekiranya pembayaran dibuat sebelum jam 12.00 tenghari pada hari bekerja.  

Nak beli dengan harga lebih murah?

Anda boleh menghubungi saya di talian 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12 untuk mendapatkan mana-mana produk SHAKLEE dengan harga yang istimewa!! Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com.

Sekiranya anda kekurangan bajet untuk membeli full pack, mamaalyabiz selaku salah seorang jaringan Euphoria GBS ada menawarkan trial set yang mungkin ada cari. Pada harga yang lebih rendah dan sesuai untuk kegunaan selama sebulan. 

Sekiranya anda memikirkan pengambilan suplemen (makanan tambahan) ini merupakan pilihan anda bagi memastikan keperluan nutrisi anda dan mereka yang tersayang mencukupi, jadi tak usahlah bertangguh untuk melabur bagi kebaikan dan kesihatan diri anda dan yang tersayang. Hubungi admin mamaalyabiz untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

P/S : Segala perkongsian mengenai produk dan testimonial di laman ini bukanlah bertujuan untuk men'diagnose', merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan disyorkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
continue reading "Senarai Harga Runcit Produk Shaklee"

Ketahui Apa Itu Senggugut dan Bagaimana Cara Mengatasinya




Ramai remaja perempuan dan wanita mengalami masalah senggugut (sakit atau rasa tidak selesa berikutan kedatangan haid) atau istilah saintifiknya dysmenorrhea. Senggugut seringkali dikaitkan dengan kesakitan seperti kekejangan di bahagian bawah perut, dan kemungkinan juga sakit belakang. Ada yang merasai tidak selesa atau kesakitan yang ringan, sementara ada juga yang mengalami kesakitan yang teruk sehingga bergolek-golek. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang normal setiap kali kedatangan haid, namun ianya sudah pasti mengganggu pesakit dari melakukan kerja harian dengan baik dan selesa.
Apakah punca yang mengakibatkan senggugut ini menyerang setiap kali kedatangan haid?
Terdapat 2 jenis ‘Dysmenorrhea’.  
Dysmenorrhea Primer adalah kesakitan haid yang berlaku sekitar masa haid pertama bermula di kalangan wanita muda yang sihat berikutan factor hormonal dan tidak ada penyakit lain pada sistem reproduksi seseorang wanita. Peningkatan aktiviti hormon prostaglandin yang dihasilkan dalam rahim, dipercayai memainkan peranan dalam keadaan ini.
Dysmenorrhea Sekunder / Congestive Dysmenorrhea  lazimnya menyerang wanita yang sudah berumahtangga atau sudah berkahwin. Kesakitan dari senggungut yang dialami adalah lebih lama dan lebih teruk keadaannya. Ianya selalu dikaitkan dengan masalah rahim atau lain-lain organ pelvis, seperti endometriosis, fibroid, alat kontrasepsi sbb (IUD) yang diperbuat daripada tembaga, keradangan pada rongga pelvis, jangkitan kelamin, mahupun tekanan dan kebimbangan. Wanita yang mengalami masalah seperti ini, dinasihatkan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan awal bagi mengelakkan kesakitan yang berlarutan. .
Berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh dilakukan sekiranya anda diserang senggugut;
  • Gunakan pad pemanasan dengan menuam di bahagian bawah anda.
  • Mengurut (dengan hujung jari) bahagian bawah perut anda dengan perlahan-lahan bagi melegakan rasa sakit.
  • Minum minuman panas.
  • Ikut diet yang kaya dengan karbohidrat kompleks seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Anda boleh cuba tidur di dalam posisi berbaring di sebelah badan dengan lutut dibengkokkan.
  • Mengamalkan teknik relaksasi seperti meditasi atau yoga.
  • Mandi air panas.
  • Berjalan atau bersenam, termasuk latihan goyang pelvik.
  • Kurangkan berat badan jika anda mempunyai berat badan berlebihan melalui diet sihat dan senaman seperti aerobik.
  • Sekiranya anda ingin menggunakan kaedah lain, anda boleh membeli ubat-ubatan anti-radang, seperti ibuprofen. Pengambilannya hendaklah diambil sehari sebelum  tempoh anda dijangka kedatangan haid dan boleh terus mengambilnya untuk beberapa hari pertama haid anda. Namun begitu, harus diingat ianya tidak disarankan kerana pengambilan ubat-ubatan seperti ini kemungkinan boleh mengganggu hormon anda.
  • Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubat-ubatan, cara alternatif adalah pengambilan makanan tambahan yang lebih selamat. Anda boleh mencuba evening primerose oil, vitamin B6, kalsium, dan magnesium tambahan, terutamanya jika sakit anda adalah dari PMS.

Sekiranya anda tercari-cari suplemen (makanan tambahan) yang boleh membantu memberikan kesihatan yang baik serta membantu mengatasi masalah senggugut anda, anda boleh mencuba GLA Complex. 


Testimonial mereka yang telah merasai keberkesanan dari usaha mengamalkan GLA Complex sebagai alternatif bagi mengatasi masalah senggugut yang dialami.

Anda boleh menghubungi saya di talian 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12 untuk mendapatkan GLA Complex ini. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.


continue reading "Ketahui Apa Itu Senggugut dan Bagaimana Cara Mengatasinya "

Tuesday, 20 November 2012

Kenali Alfalfa Complex dan Kebaikannya



Tahukah anda Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi? Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protien, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

1. Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan, badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
2. Melawan alahan – memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitive, kurap, bau badan dan ulat air (athelte’s foot) dengan berkesan
3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastric, hepatitis dan sembelit.
4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjangdaripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
5. Melawan tumor – memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor
6. Melegakan keletihan – melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
7. Mencegah / merawat atritis – melegakan sakit atritis dan kesakitan.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dan testimonial dari mereka yang telah mengamalkan Alfalfa Complex dalam pengambilan supplement harian mereka;

1. Membantu mengurangkan asthma



2. Membantu meningkatkan penghasilan susu



3. Membantu meringankan badan



4. Membantu proses diet yang sihat



5. Membantu mempermudahkan proses penyusuan



Alhamdulillah bagi mereka yang mengamalkan pengambilan Alfalfa Complex Shaklee ini, mereka telah mendapat kebaikannya untuk kesihatan dalaman dan tidak ketinggalan bagi ibu-ibu yang berjaya menghasilkan stok susu yang lebih kepada bayi mereka. Dan anda bila lagi? Usah bertangguh dalam usaha untuk memberikan yang terbaik buat diri anda dan mereka yang tersayang. Badan ibu yang sihat insyaAllah mampu menghasilkan susu yang banyak buat si manja. 

Anda boleh menghubungi saya di talian 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12 untuk mendapatkan Alfalfa Complex ini. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.

continue reading "Kenali Alfalfa Complex dan Kebaikannya"

Monday, 12 November 2012

Bebaskan Diri Anda Dari Sakit Sendi


Adakah anda sering mendengar rungutan ibu, bapa, suami, ahli keluarga atau diri anda sendiri mengeluh sakit sendi? Pernahkah anda mencari maklumat berkenaan sakit sendi yang dikatakan antara penyakit biasa bagi mereka yang telah berumur? Benarkah ia hanya menyerang mereka yang telah berusia sahaja?

Sendi-sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan diantara pertemuan dua tulang.Sendi-sendi anda ada di bahagian bahu, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali, dan jari kaki dan tangan. Penyakit sendi tulang boleh terjadi tidak kira umur dan jantina. Biasanya apabila anda merasa sakit sendi ianya bukanlah bermakna anda mempunyai kerosakan terhadap sendi dan tulang. Kebanyakkan kesakitan sendi berpunca dari lapisan kulit, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.

Antara perkara yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit sendi adalah;
  • Melakukan aktiviti yang berat seperti mengangkat berat,
  • Postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul dan menyebabkan terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak menyebabkan sakit sendi
  • Obesiti
  • Kecacatan anggota
  • Kecederaan disebabkan kemalangan atau bersukan.
  • Sakit sendi arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit)
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan

Anda juga boleh membantu meringankan kesakitan yang dialami dengan langkah mudah merawat sendiri sakit sendi (ringan);
  • Merehatkan sendi dengan penggunaan pengampu(splint).
  • Menggunakan ais yang dilipat dalam tuala pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan atau keradangan.
  • Selangkan penggunaan pek sejuk dan panas selepas 3 hari. Urut lembut membantu peredaran darah
  • Makan ubat sakit sendi seperti paracetamol(panadol).
  • Kurangkan berat badan
  • Guna kasut bertumit rendah
*anda hendaklah berjumpa doktor sekiranya anda mengalami sakit sendi yang berlarutan, bertambah teruk atau mengalami masalah sampingan berikutan dari sakit sendi tersebut seperti demam, muntah atau sesak nafas. Sekiranya berlaku kecedaraan yang mengakibatkan sakit sendi, anda disarankan untuk terus berjumpa doktor.

Antara rawatan sakit sendi dan pencegahan
  1. Doktor anda akan memberi ubat sakit sendi seperti ponstan,voltaren atau naproxyen.
  2. Anda dinasihatkan untuk berihat jika membuat kerja-kerja berat
  3. Doktor anda mungkin menasihatkan agar mengambil ubat Glucosamine dan chondroitin untuk nutrien sendi
  4. Menjaga postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
  5. Elakkan mengangkat barang berat semasa sakit
  6. Bersenam - senaman kerap dan betul akan memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
  7. Pengurangan berat badan boleh membantu
  8. Amalkan regangan dan rehat apabila memandu terlalu lama, berdiri atau duduk yang lama

*Petikan dari majalah iSihat
Sekiranya anda anda mencari suplemen untuk diberikan kepada diri anda atau mereka yang tersayang sebagai langkah menyokong kesihatan sendi yang berpanjangan, Shaklee ada menyediakan satu suplemen yang sangat membantu.  

Joint Health Complex Tablet adalah paten Boswellia  ekstrak (agen anti radang sendi) yang bertindak pantas, ekstrak jagung, vitamin C, zink, kuprum dan manganese. Ianya mampu membantu mengurangkan ketidakselesaan sendi.




Menyokong kesihatan sendi dalam 3 cara;
  1. Meningkatkan keselesaan sendi dengan Ekstrak Boswellia. Dalam Perubatan Ayurvedic ><5000 tahun yang lalu, Ekstrak Boswellia ini digunakan untuk merawat osteoarthritis & rheumatoid arthritis.
  2. Meningkatkan kesan kusyen dengan Ekstrak Jagung (Glucosamine- komponen penting dalam pembinaan blok utama tulang rawan & bendalir synovial. Turut membantu membekalkan pelincir dan kesan kusyen antara sendi-sendi).
  3. Memelihara kesihatan tisu penyambung dengan khasiat yang ada pada Vitamin C (nutrisi penting dalam sintesis kolagen), Zink, Tembaga dan Mangan (co-factor bagi enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan -komponen tisu penyambung).

*100% BEBAS CHONDROITIN

Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mana-mana produk SHAKLEE, anda boleh menghubungi saya di talian 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.

continue reading "Bebaskan Diri Anda Dari Sakit Sendi"

Sunday, 4 November 2012

Antara TIPS Untuk Menjayakan Proses Penyusuan (Bakal ibu dan bapa harus mengetahuinya)!

Proses penyusuan merupakan aktiviti/perkara yang semulajadi, tetapi itu tidak bermakna ianya perkara yang mudah bagi mereka yang baru memulakannya. Disini saya ingin berkongsi beberapa tips (checklist) untuk menjadikan proses penyusuan lebih mudah atau kata lain menjayakan proses penyusuan =).




1. Dapatkan maklumat/ilmu penyusuan secukupnya : Setiap perkara baru yang kita ceburi, haruslah diiringi dengan ilmu dan maklumat mengenainya. Bakal ibubapa haruslah belajar dan mencari maklumat mengenai  penyusuan sebelum kelahiran bayi anda sebagai persediaan awal. Pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat mengenai penyusuan samada melalui buku, artikel, video, internet, forum mahupun kelas-kelas  yang diadakan di hospital/klinik kesihatan.



2. Tanya pakar / khidmat nasihat perunding laktasi : Kita sungguh bertuah kerana sekarang telah banyak hospital dan klinik kerajaan mahupun swasta yang mengamalkan konsep hospital / klinik 'rakan bayi', dimana mereka menyokong penyusuan bayi dan menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian. Ambil kesempatan yang ada dengan berjumpa dan meminta khidmat kaunseling daripada perunding laktasi atau jururawat di hospital atau pusat kelahiran yang anda kunjungi.



3. Sediakan peralatan / kemudahan lain untuk menjayakan proses penyusuan : Apa salahnya melabur sedikit wang bagi memudahkan ibu semasa melaksanakan proses penyusuan si manja nanti. Anda boleh menggunakan bantal menyusu atau sokongan lain lembut untuk membantu anda meletakkan bayi anda dengan betul.


4. Jangan mengharapkan pancutan susu yang banyak : Tahukah anda walaupun sedikit, kolostrum (susu awal yang terhasil selepas kelahiran) ini begitu kaya dan lengkap dengan nutrien untuk bayi anda walaupun kuantitinya sedikit pada awal kelahiran? Usah bimbang, dengan usaha dan nekad yang berterusan tubuh si ibu akan menghasilkan stok susu yang semakin bertambah mengikut keperluan bayi anda.


5. Melaksanakan lekapan yang betul : Di dalam proses penyusuan, lekapan yang betul adalah penting. Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan lekapan? Lekapan adalah posisi dan bukaan mulut bayi anda semasa proses penyusuan. Pastikan mulut bayi anda terbuka luas dan hendaklah lekapan tersebut meliputi areola.

6. Mencatat setiap kali penyusuan : Bagi ibu-ibu yang baru menyusukan, anda boleh mencatat setiap kali anda selesai menyusukan bayi anda. Antara catatan yang boleh dibuat ialah berapa lama tempoh penyusuan, berapa jarak tempoh masa bagi penyusuan seterusnya dan berapa kerap bayi anda menyusu. Maklumat mudah seperti ini akan menjadikan anda lebih memahami dan mempelajari proses penyusuan bayi anda dengan lebih yakin.



7. Jangan lupa sedawakan ('burp'kan) bayi anda : Selepas selesai proses penyusuan, anda mungkin perlu menepuk belakang bayi anda secara perlahan-lahan untuk mengelakkan bayi anda dari tersedak dengan susu yang belum ditelan (kerana terlena).


8. Makan dan Minum Mencukupi : Pastikan ibu-ibu mengambil pemakanan yang seimbang, berkhasiat dan mencukupi serta mengamalkan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Penyusuan memang menyuburkan bayi anda, tetapi ia mengambil banyak tenaga daripada anda. Jadi anda perlu memastikan tubuh badan anda mempunyai nutrisi yang lengkap dan mencukupi.


9. Jangan mudah berputus asa : Proses penyusuan secara realitinya adalah lebih sukar daripada membayangkannya secara teori, dan kadang kala ia boleh menyakitkan ibu pada permulaannya. Sediakan alatan untuk melegakan anda ketika ianya diperlukan seperti penuam untuk melegakan bengkak susu atau krim lanolin untuk puting melecet. Sokongan dari suami dan keluarga juga amat penting dalam menjayakan proses penyusuan ini.


Bagi ibu yang merasakan susah untuk memastikan diri mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat, pengambilan supplement merupakan alternatif yang terbaik. Ini adalah antara supplement yang boleh diambil oleh ibu-ibu (terutamnaya yang menyusukan). Mari kita lihat apa kata ibu-ibu yang mengambil supplement untuk membantu menjayakan proses penyusuan bayi mereka.

1. Tiada lagi masalah susu kering.

2. Berjaya menyediakan stok buat si manja



3. Membantu meningkatkan berat bayi yang disusukan.

4. Membantu menghasilkan nutrisi yang lengkap buat si manja melalui susu ibu. 


Alhamdulillah ibu-ibu yang mengamalkan suplemen set penyusuan Shaklee ini telah mendapat kebaikannya serta berjaya menghasilkan stok susu yang lebih kepada bayi mereka. Dan anda bila lagi? Usah bertangguh  dalam usaha untuk memberikan yang terbaik buat diri anda dan bayi anda. Badan ibu yang sihat insyaAllah mampu menghasilkan susu yang banyak buat si manja. 

Anda boleh menghubungi saya di talian 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12 untuk mendapatkan Energizing Soy Protein ini. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.
continue reading "Antara TIPS Untuk Menjayakan Proses Penyusuan (Bakal ibu dan bapa harus mengetahuinya)!"

Tuesday, 30 October 2012

Kebaikan ESP (Energizing Soy Protein)

Keberkesanan ESP (Energizing Soy Protein) sememangnya tidak dinafikan bagi mereka yang telah mengamalkannya. ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.


Mari kita lihat apa kata mereka yang telah mengamalkannya;

Testimonial 1 : Menghasilkan susu yang lebih mengenyangkan kepada si manja

Testimonial 2 : Membantu mengatasi alahan kulit, mencantikkan serta melembutkan kulit

Testimonial 3 : Lebih bertenaga dan 'fresh' setiap pagi.

Testimonial 4 : Membantu meransang dan menghasilkan lebih banyak susu.

Testimonial 5 : Membantu mengatasi masalah bau badan.

Ini antara testimonial kebaikan ESP. ESP (Energizing Soy Protein) ini merupakan antara produk SHAKLEE yang terlaris di pasaran kerana ianya mempunyai kebaikan yang banyak terutamanya kepada ibu yang menyusukan, membekalkan tenaga, memastikan kesegaran di pagi hari, membantu penjagaan kulit dan kesihatan dalaman wanita. Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk sama-sama merasai manfaatnya.

Anda boleh menghubungi saya di talian 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12 untuk mendapatkan Energizing Soy Protein ini. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.

continue reading "Kebaikan ESP (Energizing Soy Protein)"