Monday, 12 November 2012

Bebaskan Diri Anda Dari Sakit Sendi


Adakah anda sering mendengar rungutan ibu, bapa, suami, ahli keluarga atau diri anda sendiri mengeluh sakit sendi? Pernahkah anda mencari maklumat berkenaan sakit sendi yang dikatakan antara penyakit biasa bagi mereka yang telah berumur? Benarkah ia hanya menyerang mereka yang telah berusia sahaja?

Sendi-sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan diantara pertemuan dua tulang.Sendi-sendi anda ada di bahagian bahu, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali, dan jari kaki dan tangan. Penyakit sendi tulang boleh terjadi tidak kira umur dan jantina. Biasanya apabila anda merasa sakit sendi ianya bukanlah bermakna anda mempunyai kerosakan terhadap sendi dan tulang. Kebanyakkan kesakitan sendi berpunca dari lapisan kulit, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.

Antara perkara yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit sendi adalah;
  • Melakukan aktiviti yang berat seperti mengangkat berat,
  • Postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul dan menyebabkan terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak menyebabkan sakit sendi
  • Obesiti
  • Kecacatan anggota
  • Kecederaan disebabkan kemalangan atau bersukan.
  • Sakit sendi arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit)
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan

Anda juga boleh membantu meringankan kesakitan yang dialami dengan langkah mudah merawat sendiri sakit sendi (ringan);
  • Merehatkan sendi dengan penggunaan pengampu(splint).
  • Menggunakan ais yang dilipat dalam tuala pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan atau keradangan.
  • Selangkan penggunaan pek sejuk dan panas selepas 3 hari. Urut lembut membantu peredaran darah
  • Makan ubat sakit sendi seperti paracetamol(panadol).
  • Kurangkan berat badan
  • Guna kasut bertumit rendah
*anda hendaklah berjumpa doktor sekiranya anda mengalami sakit sendi yang berlarutan, bertambah teruk atau mengalami masalah sampingan berikutan dari sakit sendi tersebut seperti demam, muntah atau sesak nafas. Sekiranya berlaku kecedaraan yang mengakibatkan sakit sendi, anda disarankan untuk terus berjumpa doktor.

Antara rawatan sakit sendi dan pencegahan
  1. Doktor anda akan memberi ubat sakit sendi seperti ponstan,voltaren atau naproxyen.
  2. Anda dinasihatkan untuk berihat jika membuat kerja-kerja berat
  3. Doktor anda mungkin menasihatkan agar mengambil ubat Glucosamine dan chondroitin untuk nutrien sendi
  4. Menjaga postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
  5. Elakkan mengangkat barang berat semasa sakit
  6. Bersenam - senaman kerap dan betul akan memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
  7. Pengurangan berat badan boleh membantu
  8. Amalkan regangan dan rehat apabila memandu terlalu lama, berdiri atau duduk yang lama

*Petikan dari majalah iSihat
Sekiranya anda anda mencari suplemen untuk diberikan kepada diri anda atau mereka yang tersayang sebagai langkah menyokong kesihatan sendi yang berpanjangan, Shaklee ada menyediakan satu suplemen yang sangat membantu.  

Joint Health Complex Tablet adalah paten Boswellia  ekstrak (agen anti radang sendi) yang bertindak pantas, ekstrak jagung, vitamin C, zink, kuprum dan manganese. Ianya mampu membantu mengurangkan ketidakselesaan sendi.




Menyokong kesihatan sendi dalam 3 cara;
  1. Meningkatkan keselesaan sendi dengan Ekstrak Boswellia. Dalam Perubatan Ayurvedic ><5000 tahun yang lalu, Ekstrak Boswellia ini digunakan untuk merawat osteoarthritis & rheumatoid arthritis.
  2. Meningkatkan kesan kusyen dengan Ekstrak Jagung (Glucosamine- komponen penting dalam pembinaan blok utama tulang rawan & bendalir synovial. Turut membantu membekalkan pelincir dan kesan kusyen antara sendi-sendi).
  3. Memelihara kesihatan tisu penyambung dengan khasiat yang ada pada Vitamin C (nutrisi penting dalam sintesis kolagen), Zink, Tembaga dan Mangan (co-factor bagi enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan -komponen tisu penyambung).

*100% BEBAS CHONDROITIN

Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mana-mana produk SHAKLEE, anda boleh menghubungi saya di talian 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.

No comments:

Post a Comment