Sunday, 4 November 2012

Antara TIPS Untuk Menjayakan Proses Penyusuan (Bakal ibu dan bapa harus mengetahuinya)!

Proses penyusuan merupakan aktiviti/perkara yang semulajadi, tetapi itu tidak bermakna ianya perkara yang mudah bagi mereka yang baru memulakannya. Disini saya ingin berkongsi beberapa tips (checklist) untuk menjadikan proses penyusuan lebih mudah atau kata lain menjayakan proses penyusuan =).




1. Dapatkan maklumat/ilmu penyusuan secukupnya : Setiap perkara baru yang kita ceburi, haruslah diiringi dengan ilmu dan maklumat mengenainya. Bakal ibubapa haruslah belajar dan mencari maklumat mengenai  penyusuan sebelum kelahiran bayi anda sebagai persediaan awal. Pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat mengenai penyusuan samada melalui buku, artikel, video, internet, forum mahupun kelas-kelas  yang diadakan di hospital/klinik kesihatan.



2. Tanya pakar / khidmat nasihat perunding laktasi : Kita sungguh bertuah kerana sekarang telah banyak hospital dan klinik kerajaan mahupun swasta yang mengamalkan konsep hospital / klinik 'rakan bayi', dimana mereka menyokong penyusuan bayi dan menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian. Ambil kesempatan yang ada dengan berjumpa dan meminta khidmat kaunseling daripada perunding laktasi atau jururawat di hospital atau pusat kelahiran yang anda kunjungi.



3. Sediakan peralatan / kemudahan lain untuk menjayakan proses penyusuan : Apa salahnya melabur sedikit wang bagi memudahkan ibu semasa melaksanakan proses penyusuan si manja nanti. Anda boleh menggunakan bantal menyusu atau sokongan lain lembut untuk membantu anda meletakkan bayi anda dengan betul.


4. Jangan mengharapkan pancutan susu yang banyak : Tahukah anda walaupun sedikit, kolostrum (susu awal yang terhasil selepas kelahiran) ini begitu kaya dan lengkap dengan nutrien untuk bayi anda walaupun kuantitinya sedikit pada awal kelahiran? Usah bimbang, dengan usaha dan nekad yang berterusan tubuh si ibu akan menghasilkan stok susu yang semakin bertambah mengikut keperluan bayi anda.


5. Melaksanakan lekapan yang betul : Di dalam proses penyusuan, lekapan yang betul adalah penting. Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan lekapan? Lekapan adalah posisi dan bukaan mulut bayi anda semasa proses penyusuan. Pastikan mulut bayi anda terbuka luas dan hendaklah lekapan tersebut meliputi areola.

6. Mencatat setiap kali penyusuan : Bagi ibu-ibu yang baru menyusukan, anda boleh mencatat setiap kali anda selesai menyusukan bayi anda. Antara catatan yang boleh dibuat ialah berapa lama tempoh penyusuan, berapa jarak tempoh masa bagi penyusuan seterusnya dan berapa kerap bayi anda menyusu. Maklumat mudah seperti ini akan menjadikan anda lebih memahami dan mempelajari proses penyusuan bayi anda dengan lebih yakin.



7. Jangan lupa sedawakan ('burp'kan) bayi anda : Selepas selesai proses penyusuan, anda mungkin perlu menepuk belakang bayi anda secara perlahan-lahan untuk mengelakkan bayi anda dari tersedak dengan susu yang belum ditelan (kerana terlena).


8. Makan dan Minum Mencukupi : Pastikan ibu-ibu mengambil pemakanan yang seimbang, berkhasiat dan mencukupi serta mengamalkan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Penyusuan memang menyuburkan bayi anda, tetapi ia mengambil banyak tenaga daripada anda. Jadi anda perlu memastikan tubuh badan anda mempunyai nutrisi yang lengkap dan mencukupi.


9. Jangan mudah berputus asa : Proses penyusuan secara realitinya adalah lebih sukar daripada membayangkannya secara teori, dan kadang kala ia boleh menyakitkan ibu pada permulaannya. Sediakan alatan untuk melegakan anda ketika ianya diperlukan seperti penuam untuk melegakan bengkak susu atau krim lanolin untuk puting melecet. Sokongan dari suami dan keluarga juga amat penting dalam menjayakan proses penyusuan ini.


Bagi ibu yang merasakan susah untuk memastikan diri mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat, pengambilan supplement merupakan alternatif yang terbaik. Ini adalah antara supplement yang boleh diambil oleh ibu-ibu (terutamnaya yang menyusukan). Mari kita lihat apa kata ibu-ibu yang mengambil supplement untuk membantu menjayakan proses penyusuan bayi mereka.

1. Tiada lagi masalah susu kering.

2. Berjaya menyediakan stok buat si manja



3. Membantu meningkatkan berat bayi yang disusukan.

4. Membantu menghasilkan nutrisi yang lengkap buat si manja melalui susu ibu. 


Alhamdulillah ibu-ibu yang mengamalkan suplemen set penyusuan Shaklee ini telah mendapat kebaikannya serta berjaya menghasilkan stok susu yang lebih kepada bayi mereka. Dan anda bila lagi? Usah bertangguh  dalam usaha untuk memberikan yang terbaik buat diri anda dan bayi anda. Badan ibu yang sihat insyaAllah mampu menghasilkan susu yang banyak buat si manja. 

Anda boleh menghubungi saya di talian 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12 untuk mendapatkan Energizing Soy Protein ini. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.

No comments:

Post a Comment