Thursday, 25 October 2012

Hilang Tenaga? Apakah puncanya?!


Tahukah anda kebanyakan dari kita mengalami keletihan yang amat sangat hampir setiap hari, sedangkan kerja yang kita lakukan tidaklah seberat mana. Apakah punca yang membuatkan anda berasa cukup letih? Berikut adalah antara puncanya dan cara untuk mengatasinya.

Sit Less, Live Longer

Banyak Duduk - Sebenarnya kita kehilangan banyak tenaga sekiranya kita duduk dalam tempoh yang lama seperti menghadap komputer mahupun menonton televisyen. Anda sewajarnya melakukan regangan sekerap mungkin, bangun dan berjalan di sekitar meja atau sofa.



Diet Pantas - Ramai yang mengambil diet ringkas bagi menggantikan diet pemakanan harian yang seimbang kerana mahu mendapatkan berat badan yang diimpikan. Kadangkala pemilihan diet pantas yang salah seperti diet yang kurang kalori akan menyebabkan badan anda cepat letih dan penat berikutan kekurangan kalori yang secukupnya. Anda seharusnya memerhatikan semula kandungan kalori yang sewajarnya diambil agar seiring dengan keperluan kalori seharian. Kalori tidak memburukkan tubuh badan anda dengan kegemukkan atau membebankan tubuh anda sekiranya ianya digunakan untuk menyumbang tenaga dalam melaksanankan kerja harian. Pastikan saiz hidangan dan kandungan nutrisi anda adalah mencukupi. 

Terlalu Banyak Bersenam - Bersenam itu baik tetapi sekiranya anda memaksa diri untuk bekerja keras dengan bersenam setiap hari dan melakukan senaman secara memaksa dengan tujuan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal akan menyebabkan anda keletihan dan kurang rehat. Setiap perubahan perlulah berperingkat. Kemungkinan anda akan berputus asa sekiranya anda terlalu memaksa diri dengan melakukan senaman berat yang baru diamalkan. Setiap usaha yang kita lakukan perlulah berpada-pada dan tidak keterlaluan. Rehat yang berkualiti juga penting kerana ia akan mencaskan semula tubuh anda dengan tenaga yang positif.


Sentiasa Berasa Bimbang - Rasa gelisah menyebabkan tekanan darah anda meningkat dan otot menjadi tegang. Keadaan yang menyebabkan gangguan emosi serta tertekan ini menyebabkan badan anda mudah letih dan tidak sihat. Tahukah anda berada di dalam keadaan negatif akan mengikis tahap kesihatan anda. Sehubungan dengan itu, anda perlu sentiasa berfikiran positif dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak. Fikiran positif dan hati yang tenang akan meningkatkan motivasi diri anda dan sekaligus akan menjana tenaga yang positif serta badan yang sihat. Sekiranya anda memerlukan bantuan, carilah 'motivator' atau seseorang yang boleh mendengar dan membantu menyelesaikan masalah anda supaya anda berasa lega, dan perasaan bimbang itu hilang.

Postur Tubuh Yang Salah - Posisi duduk, berjalan, berdiri serta melakukan kerja harian seperti mengangkat fail-fail yang berat mahupun duduk menghadap komputer akan menyebabkan postur badan yang tidak cantik seperti membongkong ke hadapan, sakit lutut dan berjalan malas (mengheret kaki). Perkara ini menyebabkan penjajaran tulang belakang menjadi tidak betul serta tidak seimbang. Ia juga menyebabkan otot bekerja lebih dari yang sepatutnya. Apa yang ada perlu perhatikan adalah mencari posisi yang betul seperti duduk dalam keadaan tegak dan berjalan dengan menggunakan langkah yang betul. Pemakaian kasut yang benar-benar sesuai dan selesa juga menyumbang kepada pembentukan postur badan yang cantik dan sihat. 

*Sumber dari Majalah Isihat November 2011 


Jika anda mencari supplement yang boleh membantu anda untuk menambahkan tenaga, memberikan kesihatan serta membekalkan permakanan yang seimbang, SHAKLEE ada menawarkan Energizing Soy Protein (ESP) yang boleh membantu anda menjalanai kehidupan harian dengan lebih sihat. 
Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mana-mana produk SHAKLEE, anda boleh menghubungi saya di 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.

No comments:

Post a Comment