Seringkali kita terdengar beberapa rungutan ibu-ibu hamil
yang mengalami kekejangan kaki pada waktu malam. Kekejangan kaki / betis sering berlaku semasa trimester kedua dan ketiga. Ianya dikatakan berlaku
kerana terdapat asid yang terkumpul di dalam serat otot kaki kita. Kekejangan
ini seringkali menyerang sewaktu kita dalam keadaan tidur. Ianya
bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila waktu tidur lena kita dikejutkan
dengan kesakitan yang berlangsung beberapa minit.
Secara teorinya apakah punca berlaku kekejangan (cramp) kaki
/ betis ini ?
- Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium di dalam darah. Sepertimana yang kita tahu, sewaktu mengandung / hamil, kita seringkali mengalami kekurangan nutrien sekiranya kita tidak menjaga permakanan berikutan kita berkongsi nutrient bersama si manja yang berada di dalam kandungan. Nutrien yang dikongsi akan diambil dan menyebabkan ibu memerlukan lebih nutrien sewaktu hamil.
- Uterus (rahim) yang semakin membesar sejajar dengan perkembangan si manja di dalam kandungan, situasi ini memberikan tekanan kepada salur darah besar pada kaki kita.
- Perubahan hormon ketika hamil iaitu progesterone, kadang kala memberi kesan kepada otot kaki kita semasa hamil.
- Perut yang semakin membesar dan bebanan berat yang semakin meningkat ketika hamil juga membuatkan otot kaki kita lebih cepat letih sekiranya berdiri dan berjalan lebih lama.
Bagaimana cara untuk melegakan kesakitan apabila mengalami
kekejangan seperti ini?
- Buat regangan kaki (stretching) dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Kesakitan akan beransur kurang.
- Bantuan suami boleh diminta dengan mengurut otot yang kejang tadi.
- Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Cara untuk mencegah atau mengelakkan berlakunya kekejangan
kaki boleh dilakukan seperti berikut;
1. Lakukan senaman ringan / regangan kaki sebelum
tidur bagi memastikan peraliran darah serta kaki dalam keadaan lebih istirehat.
Antara senaman ringan yang boleh dilakukkan ialah;
a. Senaman Regangan Betis – berdiri satu meter (1m)
daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan rapat
ke dinging serta pastikan tapak kaki benar-benar melekap di lantai. Tahan
selama lima saat dan ulang selama lebih kurang lima minit. Lakukan beberapa
kali sehari bagi meregangkan betis.
b. Senaman Tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki
menjurus ke bawah lantai dan bergilir membengkokkan kaki ke atas selama 30
kali. Lakukan secara perlahan-lahan dan pastikan posisi anda alam keadaan
selamat.
2. Tidur dengan posisi yang tidak memberikan
tekanan kepada otot betis seperti;
a. Gunakan bantal untuk menyokong tapak kaki anda
ketika tidur melentang.
b.
Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke
bawah.
3. Mandi dengan air suam atau rendamkan kaki dengan
air suam selepas penat bekerja sepanjang hari.
4. Minum air mencukupi setidak-tidaknya 6-8 gelas
sehari, begitu juga sebelum tidur.
5. Elakkan berdiri atau berjalan terlalu lama dan
amalkan pemakaian kasut yang sesuai untuk menampung berat badan yang semakin
bertambah.
6. Perbanyakkan makanan yang kaya dengan kalsium, potasium
dan magnesium seperti pisang dan produk-produk tenusu.
Selepas kita mengetahui punca dan cara mengatasi masalah
kekejangan kaki ini, kita hendaklah memastikan diri kita dalam keadaan sihat,
tenang dan sentiasa mengamalkan diet yang seimbang serta minum yang mencukupi.
Kehamilan ini merupakan saat yang indah kerana kita membawa permata hati yang semakin sihat membesar di dalam perut kita yang dibawa bersama-sama selama sembilan (9) bulan lebih. Kita hendaklah memastikan kesihatan dan keselesaan ketika hamil dititikberatkan bagi memastikan waktu hamil ini merupakan satu saat yang terindah dan memberikan 1001 cerita yang penuh kesyukuran.
Sekiranya ibu-ibu diluar sana mencari apakah produk yang
boleh membantu memberikan sumber kalsium dan magnesium tambahan kepada anda
ketika hamil, SHAKLEE ada menawarkan produk yang diberi nama OSTEMATRIX.
Ostematrix boleh membantu membekalkan tambahan kalsium, vitamin D dan magnesium
kepada anda, Dengan sebiji tablet ostematrix ianya bersamaan dengan segelas
susu tinggi kasium atau bersamaan 80 biji buah badam.
Mari kita lihat apa kata mereka yang telah menggunakannnya.
1st - Tiada lagi kekejangan betis!
2nd - Tiada lagi sakit-sakit belakang!
3rd - Baik untuk ketika dan selepas hamil.
4th - Tiada lagi lenguh2 kaki, dan sakit tumit. Membantu penghasilan susu juga !
Haaa.. banyakkan kebaikan yang diperolehi dari pengambilan Ostematrix. Faedahnya bukan terbatas kepada ibu-ibu mengandung sahaja, malah ibu yang menyusukan, wanita-wanita dan lelaki-lelaki dilu ar sana semuanya boleh mengamalkannya. Bukan setiap dari kita memerlukan sumber kalsium untuk memastikan kesihatan kita ditahap yang terbaik.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan mengetahuidengan lebih lanjut mengenai Ostematrix ini, anda boleh menghubungi saya di 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.
No comments:
Post a Comment