Friday, 5 October 2012

Mama Alya's 2nd Handbag and Gadget!!

Sekadar Hiasan
(tiada kaitan sama ada yang hidup @ mati hehe)


Dear My Sweet Little Princess Alya,

Esok mama akan pergi ke PD untuk berkursus. Seperti biasa, esok kursus hari ini baru mama nak bersiap packing. Al-maklum sajalah nak meninggalkan dua bantal peluk mama bukan sesuatu yang mengembirakan hati mama. Melihat keakraban Alya dengan papa, sedikit sebanyak membuat mama cemburu hehe. Mama nak berkongsi cerita dengan mommies di luar sana tentang 2nd handbag mama yang memang sentiasa mama bawa kalau keluar rumah tanpa Alya. Xpenah lupa la. Handbag mama bukanlah jenama LV atau Coach mahupun Guess. Warna hitam tanpa corak dan kecil jek rupanya. Muat2 jek utk bawa gadget penting mama. Gadget ape je pun bukan IPhone 5 atau Galaxy Tab terbaru, tapi mama tetap bangga membawa 2nd handbag mama dan gadget di dalamnya. Alya tentu tahu maksud mama kan? Dua barang ni yang buat mama sentiasa rindu dan teringatkan Alya. Tanpa segan silu mama akan beritahu kalo orang bertanya apa di dalamnya. Hurm, mommies kat luar sana mesti nak tahu kan? hehe (perasan pula mama)…

*Gambar Hiasan
(kira mcm ini la handbag n gadget saya hehe)
Dear Super Mommies,
2nd handbag saya hanyalah berjenama AVENT. Gadget di dalamnya sangat berharga buat saya. Itulah die breastpump saya dan ice packnya. Barang-barang ini merupakan barang paling penting jika saya keje outstation. Pentingnya macam bawa wallet jugalah. Kenapa penting sangat tu? Mestilah penting, setiap kali saya ke pejabat atau keluar dalam jangka masa lama saya akan bawa bersama beg dan pump saya. Bila tiba masa utk memerah, saya akan mengatur masa untuk melaksanakan sesi perahan. Yela semua ini untuk menyediakan stok susu buat Alya permata hati saya. Walaupun stok susu saya tidak semeriah mana berbanding orang lain yang berbelasan 'oz' tu, tapi saya rasa puas hati bila dapat meluangkan masa saya yang begitu berharga dengan menyediakan sesuatu yang amat berharga buat puteri saya tu. Mudah saja, bawa beg, bawa pump, bawa botol untuk simpanan susu atau plastik yang banyak dijual di kedai bayi dan bawa sedikit sabun untuk membasuh botol dan pump. Bila semua dah tersedia, mudahlah usaha saya seterusnya semasa sesi mengepam nanti. 

Mengapa saya bersungguh untuk mengepam susu? 
Mana tidak, kebaikan dan faedah penyusuan susu badan itu sendiri dah cukup banyak. Pasti semua mommies tahu kan? Xpela jom kita share ape yang saya dapat dari website babycentre ok. Sekadar untuk 'refresh' memori kita je..



KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU!
Credit to babycentre.com
  • Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya. 
  • Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi.
  • Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.
  • Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.
  • Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya.
  • Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar. 
  • Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.
  • Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda!

Banyakkan kebaikannya. Itulah sebabnya saya bertekad untuk mengepam juga. Biarlah xsemeriah mana stoknya, lebih baik dari langsung tiada kan? Apa2 pun, usaha, doa dan tawakal tu perlu. Ok get to go. Nak sterile botol susu anak. Salam sayang semua. 

Renung-renungkan, selamat beramal (^-^)y.. 



Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sebarang produk SHAKLEE, sila hubungi saya di 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12. Terima kasih. Free gift', panduan pemakanan dan konsultasi percuma disediakan bagi pelanggan mamaalyabiz. ^-^ 

No comments:

Post a Comment