Thursday, 18 October 2012

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Alhamdulillah pejam celik pejam celik kita sudah sampai bulan Zulhijjah 1433H. Ya Allah sepantas itu masa berlalu. Rugilah kita sekiranya masa yang ada disia-siakan tanpa amalan dan bekalan yang mencukupi untuk hari akhirat yang kekal abadi. Sekadar ingin berkongsi dengan pembaca semua berkenaan puasa sunat pada 9 hari awal Zulhijjah yang saya baca untuk manfaat bersama.

PUASA SUNAT (HARI-HARI AWAL ZULHIJAH). Apakah dalil bagi galakan berpuasa di awal Zulhijjah?

Hafsah r.a. menceritakan; “Empat amalan yang tidak ditinggalkan Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa Al-‘Asyr, puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai).

Menurut ulamak hadis; maksud puasa Al-‘Asyr dalam hadis di atas ialah hari pertama Zulhijjah hingga hari ke sembilannya.[1] Disunatkan berpuasa pada hari-hari tersebut terutamaya pada hari ke sembilan iaitu hari ‘Arafah.[2]
Selain berpuasa, kita juga digalakkan beramal dengan amalan-amalan kebaikan pada hari-hari tersebut kerana Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis yang lain; “Tidak ada hari yang paling disukai Allah untuk melakukan amal soleh melebihi hari-hari tersebut (yakni hari-hari awal Zulhijjah tersebut)” (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)[3]
Nota kaki;

[1] Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, kitab al-I’tikaf, bab Shaumi ‘Asyri Zilhijjah.[2] Lihat Nailul-Authar, 4/239.[3] Nailul-Authar, 3/312. 


ANTARA AMALAN-AMALAN UTAMA DI BULAN ZULHIJJAH


Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah : "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim). 
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedekah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban".

 Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)

Sebuah hadis menyebut  :

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Sama-samalah kita memanfaatkan peluang yang ada. Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, anda sememangnya boleh berpuasa sunat. Apa yang penting amalkan permakanan yang berkhasiat dan banyakkan minum air (mencukupi) semasa berbuka dan bersahur. Supplement juga boleh membantu untuk mengekalkan tenaga. InsyaAllah berkat usaha dan doa, Allah akan permudahkan segalanya. Sama-sama kita doakan agar rezeki anak bertambah dengan penghasilan susu yang lebih banyak. Wallahu'alam =)

Salam Zulhijjah. Selamat Beramal Soleh =)
Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sebarang produk SHAKLEE, sila hubungi saya di 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment