Tuesday 25 November 2014

Kesan Omega-3 kepada Pesakit Asma


Asma @ Asthma merupakan antara penyakit yang melibatkan sistem respiratori kita. Penyakit ini menganggu paru-paru dari berfungsi secara sihat, dimana berlaku keradangan dan sekaligus mengakibatkan pengucupan saluran pernafasan. Dengan kehadiran penyakit asma ini, pesakit akan mengalami nafas berbunyi, batuk berterusan dan sesak nafas atau semput.
Kajian menunjukkan kanak-kanak lebih mudah menghidap penyakit asma ini. Jika anak-anak anda sering mangalami batuk yang berterusan dan berkahak, anda sebagai ibubapa harus cakna kerana ianya merupakan simptom-simptom penyakit asma. Ruam, resdung dan selesema di awal pagi juga merupakan simptom-simptom penyakit ini. Kanak-kanak yang mengalami penyakit asma ini mudah dijangkiti kuman pada paru-parunya. Seringkali kita dengar kanak-kanak yang menghidap asma dimasukkan ke hospital berikutan dari demam atau selesema.



Tiada ubat yang khusus untuk menyembuhkan seseorang dari penyakit asma ini. Tetapi ianya dapat dicegah dengan mengawal dari berlakunya simptom-simptom asma dari menyerang seseorang. Sebagai langkah pencegahan, pesakit hendaklah  menjauhi faktor-faktor yang boleh mendorong kepada serangan asma itu sendiri. Antaranya  memastikan persekitaran yang bersih, menghindari tempat yang berdebu dan berhabuk, menghindari dari perkara yang menjadikan emosi tidak terkawal, depresi atau penat serta tidak melakukan aktiviti fizikal yang terlalu membebankan. Gaya hidup yang sihat juga perlu diamalkan seperti bersenam dan melakukan aktiviti rekreasi. Selain itu, pesakit asthma juga perlulah memerhati diet pemakanannya. Amalan suplemen Omega-3 mampu membantu mengurangkan serangan asthma.  

Bagaimana Omega-3 dapat membantu mengurangkan serangan asma?

Asid Lemak yang terkandung dalam Omega-3 merupakan satu suplemen yang boleh diambil oleh penghidap asma, kerana Omega-3 bertindak sebagai agen anti-keradangan. Ia memberikan kesan perlindungan dari pengecutan sistem pernafasan. Tahukah anda ketika pesakit diserang asma, secara automatik badan pesakit tersebut akan menghasilkan lebih 3 kali ganda ‘leukotriene B4’ (LTB4), iaitu bahan keradangan. Dengan Asid Lemak Omega-3, badan pesakit dapat mengurangkan penghasilan LTB4 ini dan akan membantu meningkatkan penghasilan bahan saing bagi LTB4 ini iaitu dikenali sebagai LTB5. Penghasilan LTB5 yang lebih banyak dapat membantu mengurangkan serangan asma.  

Shaklee mempunyai suplemen Omega-3 yang dipanggil Omega Guard. Apakah keistimewaan Omega Guard berbanding suplemen Omega jenama lain?

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.




Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee, sila hubungi saya;

MamaAlyaBiz (Nurul)
SMS/Whatsapp: 012-3964606
Email : MamaAlyaBiz@gmail.com
PM Admin : MamaAlyaBiz
(COD: Kajang, BTHO, Bangi dan Putrajaya)

No comments:

Post a Comment