Sunday 16 September 2012

Apa itu POWER PUMPING?

 

Stok susu semakin sedikit?

Apakah teknik mengepam terbaik yang boleh membantu mengembalikan penghasilan stok susu yang banyak?

Seringkali ibu-ibu mengeluh apabila stok susu menurun gara-gara kedatangan period, perubahan hormon, kekurangan masa untuk mengepam lebih kerap, mahupun secara tiba-tiba yang tidak diketahui puncanya. Apa pun yang berlaku, kesedihan dan keluhan tidak akan menghasilkan apa-apa. Ibu-ibu perlu terus berusaha untuk menambahkan stok dan meningkatan penghasilan susu. Antara teknik pam yang terbaik ialah POWER PUMPING!!



Apa itu POWER PUMPING?!
Bukan semua ibu yang menyusukan anak tahu apa itu teknik power pumping. JOM kita jadi ibu-ibu yang lebih cakna! Power pumping merupakan satu teknik dan setup mengepam yang unik. Ianya meniru cara penyusuan 'cluster feeding' iaitu menyusu sekejap-sekejap tetapi kerap. Ianya boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang mengalami masalah penurunan penghasilan susu, ibu-ibu yang ingin menyusukan anak angkat dan ibu-ibu yang ingin relaktasi (menyusukan anak semula setelah berhenti menyusukan).


Bagaimana cara untuk melakukan POWER PUMPING?
1st - Ibu-ibu haruslah bernekad dan set minda untuk melakukan teknik power pumping ini dengan sepenuh hati dan penuh rasa ‘happy’. Masakan tidak happy, kita sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada simanja tersayang. Bila ada usaha mesti disusuli dengan tawakal dan doa. Jadi ibu-ibu niat dan berdoalah pada Allah. Doakan senjata kita. Doa para ibu insyaAllah lebih mujarab.  

2nd - Ibu-ibu perlu pandai menguruskan masa dengan melapangkan diri pada jam 12 malam hingga 1 pagi. Kenapa waktu ni? Kerana pada waktu inilah hormon prolaktin adalah tinggi pada waktu sebegini. Hebatkan cipataan tuhan. Subhanallah. Sekiranya hendak menambah satu sesi di siang hari, digalakkan juga iaitu pada 12 tengahari hingga 1 petang (lunch hour pun ok).

3rd - Adalah teknik mengepamnya. Harus ada alat untuk mengepam.Kepada ibu-ibu  yang memang expert ‘marmet’ (pam menggunkan tangan), dipersilakan. Kaedahnya mudah sahaja, ibu-ibu hanya perlu mengepam selama sepuluh minit bagi setiap payudara. 10 minit sebelah kiri, kemudian sepuluh minit sebelah kanan, kemudian sepuluh minit sebelah kiri semula, kemudian sepuluh minit lagi di sebelah kanan dan begitulah selama sejam. Sekiranya ada ibu-ibu yang menggunakan double pump, gunakan selama 10 minit kemudiannya berhenti sepuluh minit dan sambung semula mengepam selama 10 minit dan begitulah  seterusnya selama sejam.

4th -  Sebelum, semasa dan selepas melakukan teknik mengepam ini, ibu-ibu perlu minum air secukupnya. Bukan bila dah nak mula sesi mengepam baru nak minum ye. Sepanjang hari, ibu-ibu hebat yang hendak menyusukan anak ini perlu memastikan diri anda minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 3L sehari.
Mudahkan?! Haaaaa.. sape yang ada alas an tu?? Ish… Ish… Ish… Nanti dulu.. Ingat rule no. 1 ye. Ibu-ibu harus cuba sebelum beri alasan. INSYAALLAH ada hikmah dan rezeki yang diberi. Andai kata tiba-tiba setelah selesai dibuat teknik power pumping ni tetapi masih tidak memberikan sebarang kesan, semak semula langkah-langkah di atas. Semua langkah-langkah dah dipatuhi tetapi masih tidak meningkat susunya?! Mestilah!! Teknik power pumping tidak akan berjaya dengan sekadar buat sehari sahaja, eloklah menjadi amalan sehingga produktiviti susu meningkat semula (sekurang-kurangnya seminggu). Selain melakukan teknik power pumping, ibu-ibu juga harus berusaha untuk mengepam @ directfeed baby dengan lebih kerap lagi. Menenangkan diri. Banyakkan berdoa. Mengamalkan minum air yang mencukupi. Mengambil makanan yang seimbang nutrisi.

Supplement juga boleh diambil bagi mereka yang mahu mencuba dan memberi nutrisi tambahan. Harus diingat, ibu-ibu adalah wadah pembekalan susu. Kesihatan serta keseimbangan emosi dan pemakanan ibu-ibu adalah penting. Penghasilan susu ibu ini adalah rezeki dari Allah. Setiap apa yang diberikanNYA adalah dengan izinnya. Teruskan berdoa dan terus mensyukuri nikmatnya. Jika usaha telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh namun susu yang dihasilkan masih sedikit, kita tetap perlu bersyukur kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui perancangannya. Tetapi jangan lupa, doa tanpa usaha tidak mendatangkan apa-apa.   

SELAMAT MENCUBA IBU-IBU HEBAT!! WE MUST TRY OUR BEST TO GIVE THE BEST FOR OUR KIDS!! BECAUSE WE ARE SUPERMOM, SUPERWIFE AND SUPERWOMAN =).

No comments:

Post a Comment