Tuesday 27 November 2012

Kalsium, Wanita dan Osteoporosis ?


Kalsium merupakan salah satu mineral yang penting untuk tubuh badan kita. Kalsium amat penting kepada semua peringkat umur terutamanya di peringkat kanak-kanak dan remaja bagi pembentukan tulang dan gigi yang baik. Manakala untuk orang dewasa pula, kalsium adalah penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka. Hasil kajian dr Universiti Putra Malaysia dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Kekurangan kalsium? Apakah risikonya?

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil rickets pada kanak-kanak dan osteomalicia di kalangan orang dewasa. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang berlakunya penyakit ‘osteoporosis’. Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang senyap dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapi penyakit ini setelah megalami retak atau patah tulang.



Langkah-langkah pencegahan dan pengawalan adalah penting bagi mengelakkan wanita dari menghidapai osteporosis. Setiap wanita disarankan mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1000 miligram) di samping nutrient penting lain seperti protein, zinc, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500mg kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hati. Sumber kalsium yang lain adalah sepertisusu segar, keju dan yogurt.


Dari mana anda boleh dapatkan kalsium?
Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan tenusu yang lain. Kalsium juga boleh didapati melalui sardine, ikan bilis, tofu, tempe, sayuran mentah, udang dan kekacang. Namun begitu harus diingat, pengambilan yang berlebihan sesetengah sumber ini boleh menyebabkan masalah kolestrol yang tinggi. Apa-apa pun semua haruslah berpada-pada.

Apakah fungi kalsium?
Selain bagi membina tulang dan gigi yang sihat dan kuat, kalsium juga penting untuk fungsi-fungsi yang lain seperti;

  • Fungsi saraf yang baik. (membantu mengelakkan dari rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas).
  • Fungsi otot yang baik (membantu mengelakkan kekejangan) pada waktu malam.
  • Berfungsi dalam proses pembekuan darah.
  • Terdapat juga kajian yang menyatakan kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi. 
Penting bukan pengambilan kalsium? Jadi pastikan diri anda mendapat keperluan kalsium yang diperlukan bagi memastikan struktur tulang anda sihat dan anda mampu bergerak cergas dan aktif tanpa sebarang ketidakselesaan tulang. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
P/s: - Iklan bergerak
Sekiranya anda mencari suplemen yang boleh membantu membekalkan kalsium, vitamin D dan magnesium sebagai langkah untuk melindungi tulang anda, Shaklee ada menawarkan OsteMatrix yang membekalkan 1000mg unsur kalsium, 400mg magnesium dan 400IU vitamin D. Hubungi admin mamaalyabiz.blogspot.com di talian 012-3964606 atau add FB nnurull Nmh atau like fanpage mamaalyabiz12 untuk mendapatkan maklumat lanjut =) 

No comments:

Post a Comment