Sunday 25 November 2012

Ketahui Apa Itu Senggugut dan Bagaimana Cara Mengatasinya




Ramai remaja perempuan dan wanita mengalami masalah senggugut (sakit atau rasa tidak selesa berikutan kedatangan haid) atau istilah saintifiknya dysmenorrhea. Senggugut seringkali dikaitkan dengan kesakitan seperti kekejangan di bahagian bawah perut, dan kemungkinan juga sakit belakang. Ada yang merasai tidak selesa atau kesakitan yang ringan, sementara ada juga yang mengalami kesakitan yang teruk sehingga bergolek-golek. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang normal setiap kali kedatangan haid, namun ianya sudah pasti mengganggu pesakit dari melakukan kerja harian dengan baik dan selesa.
Apakah punca yang mengakibatkan senggugut ini menyerang setiap kali kedatangan haid?
Terdapat 2 jenis ‘Dysmenorrhea’.  
Dysmenorrhea Primer adalah kesakitan haid yang berlaku sekitar masa haid pertama bermula di kalangan wanita muda yang sihat berikutan factor hormonal dan tidak ada penyakit lain pada sistem reproduksi seseorang wanita. Peningkatan aktiviti hormon prostaglandin yang dihasilkan dalam rahim, dipercayai memainkan peranan dalam keadaan ini.
Dysmenorrhea Sekunder / Congestive Dysmenorrhea  lazimnya menyerang wanita yang sudah berumahtangga atau sudah berkahwin. Kesakitan dari senggungut yang dialami adalah lebih lama dan lebih teruk keadaannya. Ianya selalu dikaitkan dengan masalah rahim atau lain-lain organ pelvis, seperti endometriosis, fibroid, alat kontrasepsi sbb (IUD) yang diperbuat daripada tembaga, keradangan pada rongga pelvis, jangkitan kelamin, mahupun tekanan dan kebimbangan. Wanita yang mengalami masalah seperti ini, dinasihatkan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan awal bagi mengelakkan kesakitan yang berlarutan. .
Berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh dilakukan sekiranya anda diserang senggugut;
  • Gunakan pad pemanasan dengan menuam di bahagian bawah anda.
  • Mengurut (dengan hujung jari) bahagian bawah perut anda dengan perlahan-lahan bagi melegakan rasa sakit.
  • Minum minuman panas.
  • Ikut diet yang kaya dengan karbohidrat kompleks seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Anda boleh cuba tidur di dalam posisi berbaring di sebelah badan dengan lutut dibengkokkan.
  • Mengamalkan teknik relaksasi seperti meditasi atau yoga.
  • Mandi air panas.
  • Berjalan atau bersenam, termasuk latihan goyang pelvik.
  • Kurangkan berat badan jika anda mempunyai berat badan berlebihan melalui diet sihat dan senaman seperti aerobik.
  • Sekiranya anda ingin menggunakan kaedah lain, anda boleh membeli ubat-ubatan anti-radang, seperti ibuprofen. Pengambilannya hendaklah diambil sehari sebelum  tempoh anda dijangka kedatangan haid dan boleh terus mengambilnya untuk beberapa hari pertama haid anda. Namun begitu, harus diingat ianya tidak disarankan kerana pengambilan ubat-ubatan seperti ini kemungkinan boleh mengganggu hormon anda.
  • Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubat-ubatan, cara alternatif adalah pengambilan makanan tambahan yang lebih selamat. Anda boleh mencuba evening primerose oil, vitamin B6, kalsium, dan magnesium tambahan, terutamanya jika sakit anda adalah dari PMS.

Sekiranya anda tercari-cari suplemen (makanan tambahan) yang boleh membantu memberikan kesihatan yang baik serta membantu mengatasi masalah senggugut anda, anda boleh mencuba GLA Complex. 


Testimonial mereka yang telah merasai keberkesanan dari usaha mengamalkan GLA Complex sebagai alternatif bagi mengatasi masalah senggugut yang dialami.

Anda boleh menghubungi saya di talian 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12 untuk mendapatkan GLA Complex ini. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.


3 comments:

  1. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Keistimewaan EPO Untuk Wanita

    ReplyDelete

  2. Info yang menarik. Sekadar berkongsi, kajian telah menunjukkan bahawa kaum wanita yang mengambil Vitamin A, B6, C, D dan E kurang diserang penyakit senggugut. Selain itu, untuk mengelak berlaku senggugut yang teruk, elakkan pengambilan diet tinggi lemak tak tepu, coklat, teh dan kopi ketika datang haid.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. ..info yang baik....saya memang teruk senggugut sampaikan tahap suami saya kena hantar ke hospital bahagian kecemasan.kat mana saya boleh dapatkan produk ini

    ReplyDelete