Tuesday 30 October 2012

Kebaikan ESP (Energizing Soy Protein)

Keberkesanan ESP (Energizing Soy Protein) sememangnya tidak dinafikan bagi mereka yang telah mengamalkannya. ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.


Mari kita lihat apa kata mereka yang telah mengamalkannya;

Testimonial 1 : Menghasilkan susu yang lebih mengenyangkan kepada si manja

Testimonial 2 : Membantu mengatasi alahan kulit, mencantikkan serta melembutkan kulit

Testimonial 3 : Lebih bertenaga dan 'fresh' setiap pagi.

Testimonial 4 : Membantu meransang dan menghasilkan lebih banyak susu.

Testimonial 5 : Membantu mengatasi masalah bau badan.

Ini antara testimonial kebaikan ESP. ESP (Energizing Soy Protein) ini merupakan antara produk SHAKLEE yang terlaris di pasaran kerana ianya mempunyai kebaikan yang banyak terutamanya kepada ibu yang menyusukan, membekalkan tenaga, memastikan kesegaran di pagi hari, membantu penjagaan kulit dan kesihatan dalaman wanita. Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk sama-sama merasai manfaatnya.

Anda boleh menghubungi saya di talian 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12 untuk mendapatkan Energizing Soy Protein ini. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.

continue reading "Kebaikan ESP (Energizing Soy Protein)"

Monday 29 October 2012

VITAMIN E Kurangkan Risiko Penyakit Hati

VITAMIN E dikenali sebagai antioksidan yang kuat dan mampu mencegah radikal bebas, vitamin E selama ini lebih dikenali dalam berperanan membantu meremajakan kulit. Namun begitu, tahukah anda bahawa Vitamin E yang kaya dengan antioksidan ini juga mampu menurunkan risiko kanser hati? Sumber vitamin E ini boleh didapati daripada gandum, minyak biji bunga matahari, kacang, asparagus, pisang, strawberi, sayuran hijau, tauge, kubis, mangga dan banyak lagi makanan lain. 
*Sumber artikel dipetik dari Majalah iSIHAT untuk perkongsian bersama.  



SHAKLEE juga ada menawarkan produk Vitamin E Complex bagi memudahkan anda untuk mengamalkan pengambilan suplemen hebat ini. Apakah kebaikan yang boleh diperolehi dari Vita-E Complex?
  • Membantu Melindungi Jantung - pengambilan 800iu sehari
  • Membantu Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif  - pengambilan 600iu-800iu sehari baik untuk lelaki dalam meningkatkan kiraan sperma)
  • Anti-Penuaan - 1 kapsul sehari mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha)
  • Anti-Oksidan yang Kuat - pengambilan 1,200iu sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser
  • Kelestarian Tenaga  - membantu meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan lebih oksigen
  • Memperbaiki Arthritis - membantu meningkatkan keanjalan salur darah serta membantu memperbaiki kitaran darah
  • Membantu Memperbaiki Kulit - memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.  

Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Vitamin E Complex ini, anda boleh menghubungi saya di talian 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.

continue reading "VITAMIN E Kurangkan Risiko Penyakit Hati"

Friday 26 October 2012

AIDILADHA (10 ZULHIJJAH) YANG PENUH RAHMAT DAN KESYUKURAN


Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) ini perlulah disambut dengan penuh kerahmatan dan kesyukuran. Pada hari yang penuh barakah ini, sebenarnya mengingatkan kita kepada pengorbanan dua Nabi Allah iaitu Nabi Ibrahim a.s dan puteranya Nabi Ismail a.s. Jika kita menyusuri sejarah kedua-dua Nabi Allah yang begitu taat dengan perintah Allah S.W.T. sehingga sanggup mengorbankan sesuatu yang amat dikasihi, terfikirkah kita samaada kita mampu melakukan pengorbanan sebesar itu hanya kerana Allah? Pengajaran dari kisah pengorbanan mereka hendaklah kita hayati dengan penuh kesyukuran dan rasa keinsafan agar iman kita kepada Allah sentiasa dapat dipertingkatkan.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah” (Hadis Riwayat Abu Hurairah”.

Antara perkara sunat yang boleh dibuat di Hari Raya Aidiladha adalah seperti berikut;
  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangi-wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad). Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).
  6. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  7. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  8. Ibadah Korban. Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
  9. Elakkan menyambut hari raya daripada perkara-perkara yang ditegah syarak.  
HIKMAH AIDILADHA
  • Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.
  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.

Banyak perkara sunat yang boleh kita lakukan bagi mengejar peluang keemasan yang diberikan Allah. Marilah kita sama-sama mengajak ahli keluarga dan mereka yang berada disekeliling kita untuk menyambut Aidiladha dengan penuh penghayatan dan kesyukuran. Salam Aidiladha dari MamaAlyaBiz!

Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sebarang produk SHAKLEE, sila hubungi saya di 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12. Terima kasih.
continue reading "AIDILADHA (10 ZULHIJJAH) YANG PENUH RAHMAT DAN KESYUKURAN"

Thursday 25 October 2012

Hilang Tenaga? Apakah puncanya?!


Tahukah anda kebanyakan dari kita mengalami keletihan yang amat sangat hampir setiap hari, sedangkan kerja yang kita lakukan tidaklah seberat mana. Apakah punca yang membuatkan anda berasa cukup letih? Berikut adalah antara puncanya dan cara untuk mengatasinya.

Sit Less, Live Longer

Banyak Duduk - Sebenarnya kita kehilangan banyak tenaga sekiranya kita duduk dalam tempoh yang lama seperti menghadap komputer mahupun menonton televisyen. Anda sewajarnya melakukan regangan sekerap mungkin, bangun dan berjalan di sekitar meja atau sofa.



Diet Pantas - Ramai yang mengambil diet ringkas bagi menggantikan diet pemakanan harian yang seimbang kerana mahu mendapatkan berat badan yang diimpikan. Kadangkala pemilihan diet pantas yang salah seperti diet yang kurang kalori akan menyebabkan badan anda cepat letih dan penat berikutan kekurangan kalori yang secukupnya. Anda seharusnya memerhatikan semula kandungan kalori yang sewajarnya diambil agar seiring dengan keperluan kalori seharian. Kalori tidak memburukkan tubuh badan anda dengan kegemukkan atau membebankan tubuh anda sekiranya ianya digunakan untuk menyumbang tenaga dalam melaksanankan kerja harian. Pastikan saiz hidangan dan kandungan nutrisi anda adalah mencukupi. 

Terlalu Banyak Bersenam - Bersenam itu baik tetapi sekiranya anda memaksa diri untuk bekerja keras dengan bersenam setiap hari dan melakukan senaman secara memaksa dengan tujuan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal akan menyebabkan anda keletihan dan kurang rehat. Setiap perubahan perlulah berperingkat. Kemungkinan anda akan berputus asa sekiranya anda terlalu memaksa diri dengan melakukan senaman berat yang baru diamalkan. Setiap usaha yang kita lakukan perlulah berpada-pada dan tidak keterlaluan. Rehat yang berkualiti juga penting kerana ia akan mencaskan semula tubuh anda dengan tenaga yang positif.


Sentiasa Berasa Bimbang - Rasa gelisah menyebabkan tekanan darah anda meningkat dan otot menjadi tegang. Keadaan yang menyebabkan gangguan emosi serta tertekan ini menyebabkan badan anda mudah letih dan tidak sihat. Tahukah anda berada di dalam keadaan negatif akan mengikis tahap kesihatan anda. Sehubungan dengan itu, anda perlu sentiasa berfikiran positif dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijak. Fikiran positif dan hati yang tenang akan meningkatkan motivasi diri anda dan sekaligus akan menjana tenaga yang positif serta badan yang sihat. Sekiranya anda memerlukan bantuan, carilah 'motivator' atau seseorang yang boleh mendengar dan membantu menyelesaikan masalah anda supaya anda berasa lega, dan perasaan bimbang itu hilang.

Postur Tubuh Yang Salah - Posisi duduk, berjalan, berdiri serta melakukan kerja harian seperti mengangkat fail-fail yang berat mahupun duduk menghadap komputer akan menyebabkan postur badan yang tidak cantik seperti membongkong ke hadapan, sakit lutut dan berjalan malas (mengheret kaki). Perkara ini menyebabkan penjajaran tulang belakang menjadi tidak betul serta tidak seimbang. Ia juga menyebabkan otot bekerja lebih dari yang sepatutnya. Apa yang ada perlu perhatikan adalah mencari posisi yang betul seperti duduk dalam keadaan tegak dan berjalan dengan menggunakan langkah yang betul. Pemakaian kasut yang benar-benar sesuai dan selesa juga menyumbang kepada pembentukan postur badan yang cantik dan sihat. 

*Sumber dari Majalah Isihat November 2011 


Jika anda mencari supplement yang boleh membantu anda untuk menambahkan tenaga, memberikan kesihatan serta membekalkan permakanan yang seimbang, SHAKLEE ada menawarkan Energizing Soy Protein (ESP) yang boleh membantu anda menjalanai kehidupan harian dengan lebih sihat. 
Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai mana-mana produk SHAKLEE, anda boleh menghubungi saya di 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.

continue reading "Hilang Tenaga? Apakah puncanya?!"

Sunday 21 October 2012

Ketahui Masalah Tekanan Darah Rendah (Anemia) Semasa Kehamilan dan Cara Mencegahnya..


Antara perkara lain yang dihadapi oleh ibu-ibu ketika hamil adalah masalah tekanan darah rendah. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa tekanan darah rendah boleh berlaku ketika hamil sedangkan ketika tidak hamil, ibu-ibu yang mengalami tekanan darah rendah kebanyakkan sihat. Semasa kita hamil, keperluan zat besi akan ketara meningkat berikutan jumlah darah dalam badan kita bertambah sehingga 50% daripada biasa. Zat besi adalah penting untuk pembinaan haemoglobin, protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel lain. Oleh yang demikian, ketika hamil zat besi tambahan diperlukan bukan setakat bagi pembinaan hemoglobin bagi pertambahan darah sedia ada malah untuk bayi yang sedang membesar di dalam plasenta.

Bagaimana tekanan darah rendah boleh berlaku semasa kehamilan?
  • Kebanyakkan wanita hamil mengalami masalah anemia (tekanan darah rendah) kerana kekurangan zat besi semasa trimester kedua dan ketiga.
  • Risiko anemia lebih tinggi sekiranya wanita hamil yang mengalami masalah ‘morning sickness’ yang teruk sehingga menyebabkan muntah yang kerap,
  • Wanita yang hamil dengan lebih daripada seorang bayi,
  • Jika jarak kehamilan seterusnya adalah dekat (tidak lama selepas bersalin, hamil semula),
  • Jika tidak mengamalkan diet yang kaya dengan zat besi atau jika aliran pra-kehamilan haid adalah banyak.
Haruslah diketahui, keperluan jumlah zat besi bagi ibu-ibu yang hamil adalah 18-27mg sehari. Sebaik-baiknya ibu-ibu hamil mengambil makanan tamabhan harian yang mengandungi sekurang-kurangnya 30mg zat besi sebagai dos pencegahan anemia. Terdapat pelbagai supplement pranatal yang menawarkan kadungan zat besi ini. Selain kekurangan zat besi, anemia juga boleh berpunca dari ketidak cukupan asid folik atau vitamin B12, kehilangan darah yang banyak atau dari penyakit-penyakit tertentu atau gangguan darah yang diwarisi seperti penyakit ‘sickle cell disease’.

Antara simptom yang menunjukkan kemungkinan anda mempunyai tekanan darah rendah (anemia);
  1. Anda mungkin berasa cepat letih, lemah, dan pening. (kebanyakkan wanita hamil mengalaminya, kadang kala ianya bukanlah anemia).
  2. Kelihatan pucat (terutamanya dalam kuku, bawah kelopak mata dan bibir).
  3. Degupan jantung yang lebih pantas dan sesak nafas.
  4. Sakit kepala, pening, cepat marah dan masalah untuk menumpukan perhatian.
  5. Akhirnya, beberapa kajian telah mendapati hubungan antara anemia teruk kekurangan zat besi dan keinginan untuk bahan-bahan bukan makanan seperti ais, kertas, atau tanah liat.

Kesan buruk anemia terhadap kehamilan sekiranya tidak mengambil rawatan atau diabaikan;
  • Berisiko untuk mengalami keguguran. 
  • Kelahiran pramatang
  • Bayi kecil dan bermasalah
  • Kematian bayi dalam kandungan
  • Jiwa ibu terancam
  • Koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

continue reading "Ketahui Masalah Tekanan Darah Rendah (Anemia) Semasa Kehamilan dan Cara Mencegahnya.."

Kaki Kejang Ketika Hamil? Apakah Punca dan Cara untuk Mengatasinya?



Seringkali kita terdengar beberapa rungutan ibu-ibu hamil yang mengalami kekejangan kaki pada waktu malam. Kekejangan kaki / betis sering berlaku semasa trimester kedua dan ketiga. Ianya dikatakan berlaku kerana terdapat asid yang terkumpul di dalam serat otot kaki kita. Kekejangan ini seringkali menyerang sewaktu kita dalam keadaan tidur. Ianya bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila waktu tidur lena kita dikejutkan dengan kesakitan yang berlangsung beberapa minit.

Secara teorinya apakah punca berlaku kekejangan (cramp) kaki / betis ini ?
  1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium di dalam darah. Sepertimana yang kita tahu, sewaktu mengandung / hamil, kita seringkali mengalami kekurangan nutrien sekiranya kita tidak menjaga permakanan berikutan kita berkongsi nutrient bersama si manja yang berada di dalam kandungan. Nutrien yang dikongsi akan diambil dan menyebabkan ibu memerlukan lebih nutrien sewaktu hamil.
  2. Uterus (rahim) yang semakin membesar sejajar dengan perkembangan si manja di dalam kandungan, situasi ini memberikan tekanan kepada salur darah besar pada kaki kita.
  3. Perubahan hormon ketika hamil iaitu progesterone, kadang kala memberi kesan kepada otot kaki kita semasa hamil.
  4. Perut yang semakin membesar dan bebanan berat yang semakin meningkat ketika hamil juga membuatkan otot kaki kita lebih cepat letih sekiranya berdiri dan berjalan lebih lama.

Bagaimana cara untuk melegakan kesakitan apabila mengalami kekejangan seperti ini?
  • Buat regangan kaki (stretching) dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Kesakitan akan beransur kurang.
  • Bantuan suami boleh diminta dengan mengurut otot yang kejang tadi.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Cara untuk mencegah atau mengelakkan berlakunya kekejangan kaki boleh dilakukan seperti berikut;

1.    Lakukan senaman ringan / regangan kaki sebelum tidur bagi memastikan peraliran darah serta kaki dalam keadaan lebih istirehat. Antara senaman ringan yang boleh dilakukkan ialah;


a.    Senaman Regangan Betis – berdiri satu meter (1m) daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan rapat ke dinging serta pastikan tapak kaki benar-benar melekap di lantai. Tahan selama lima saat dan ulang selama lebih kurang lima minit. Lakukan beberapa kali sehari bagi meregangkan betis.
b.   Senaman Tapak kaki – Bengkokkan tapak kaki menjurus ke bawah lantai dan bergilir membengkokkan kaki ke atas selama 30 kali. Lakukan secara perlahan-lahan dan pastikan posisi anda alam keadaan selamat.

2.    Tidur dengan posisi yang tidak memberikan tekanan kepada otot betis seperti;
a.   Gunakan bantal untuk menyokong tapak kaki anda ketika tidur melentang.
b.      Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

3.    Mandi dengan air suam atau rendamkan kaki dengan air suam selepas penat bekerja sepanjang hari.
4.    Minum air mencukupi setidak-tidaknya 6-8 gelas sehari, begitu juga sebelum tidur.
5.  Elakkan berdiri atau berjalan terlalu lama dan amalkan pemakaian kasut yang sesuai untuk menampung berat badan yang semakin bertambah.
6.     Perbanyakkan makanan yang kaya dengan kalsium, potasium dan magnesium seperti pisang dan produk-produk tenusu.

Selepas kita mengetahui punca dan cara mengatasi masalah kekejangan kaki ini, kita hendaklah memastikan diri kita dalam keadaan sihat, tenang dan sentiasa mengamalkan diet yang seimbang serta minum yang mencukupi. Kehamilan ini merupakan saat yang indah kerana kita membawa permata hati yang semakin sihat membesar di dalam perut kita yang dibawa bersama-sama selama sembilan (9) bulan lebih. Kita hendaklah memastikan kesihatan dan keselesaan ketika hamil dititikberatkan bagi memastikan waktu hamil ini merupakan satu saat yang terindah dan memberikan 1001 cerita yang penuh kesyukuran.
continue reading "Kaki Kejang Ketika Hamil? Apakah Punca dan Cara untuk Mengatasinya?"

Thursday 18 October 2012

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Alhamdulillah pejam celik pejam celik kita sudah sampai bulan Zulhijjah 1433H. Ya Allah sepantas itu masa berlalu. Rugilah kita sekiranya masa yang ada disia-siakan tanpa amalan dan bekalan yang mencukupi untuk hari akhirat yang kekal abadi. Sekadar ingin berkongsi dengan pembaca semua berkenaan puasa sunat pada 9 hari awal Zulhijjah yang saya baca untuk manfaat bersama.

PUASA SUNAT (HARI-HARI AWAL ZULHIJAH). Apakah dalil bagi galakan berpuasa di awal Zulhijjah?

Hafsah r.a. menceritakan; “Empat amalan yang tidak ditinggalkan Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa Al-‘Asyr, puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai).

Menurut ulamak hadis; maksud puasa Al-‘Asyr dalam hadis di atas ialah hari pertama Zulhijjah hingga hari ke sembilannya.[1] Disunatkan berpuasa pada hari-hari tersebut terutamaya pada hari ke sembilan iaitu hari ‘Arafah.[2]
Selain berpuasa, kita juga digalakkan beramal dengan amalan-amalan kebaikan pada hari-hari tersebut kerana Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis yang lain; “Tidak ada hari yang paling disukai Allah untuk melakukan amal soleh melebihi hari-hari tersebut (yakni hari-hari awal Zulhijjah tersebut)” (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)[3]
Nota kaki;

[1] Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, kitab al-I’tikaf, bab Shaumi ‘Asyri Zilhijjah.[2] Lihat Nailul-Authar, 4/239.[3] Nailul-Authar, 3/312. 
continue reading "Kelebihan Bulan Zulhijjah"

Saturday 13 October 2012

Pengambilan Air yang Mencukupi



Gaya hidup masakini dengan kesibukan yang berpanjangan tidak bermakna kita tidak mengambil berat kepada keperluan badan kita. Seringkali kita dikaitkan dengan pengambilan air putih (a.k.a air masak @ air kosong) yang banyak dalam keadaan cuaca panas sahaja. Berikutan dengan ini, cuaca sejuk dan berada di bilik yang berhawa dingin membuatkan kita alpa dan membuat alasan untuk tidak mengambil air putih yang mencukupi. Sekaligus menjadikan penghuni bilik berhawa dingin sebagai mangsa ‘kekeringan’ tertinggi. Tidak kira cuaca, gaya hidup mahupun kesibukan yang dialami, setiap individu perlu mengambil air kosong yang mencukupi dan memastikan tubuh badan sentiasa terhidrat. Tahukah anda pengambilan minuman berperisa, bersoda, teh mahupun kopi adalah kebanyakannya bersifat menyahidratkan tubuh?

continue reading "Pengambilan Air yang Mencukupi"

Tuesday 9 October 2012

Keistimewaan Vita-Lea (Multivitamin) Shaklee





MULTIVITAMIN bukanlah sesuatu yang baru buat kita. Multivitamin digunakan sebagai suplemen vitamin yang penting untuk pertumbuhan keseluruhan badan. Multivitamin juga memainkan peranan yang penting dalam membantu memperbanyakkan sel-sel darah merah dalam tubuh badan kita. Multivitamin sesuai untuk digunakan oleh wanita hamil, orang dewasa, wanita yang menyusukan serta warga emas. Pengambilan multivitamin boleh membantu dalam melegakan tekanan, membantu kekuatan tulang, membantu anemia dan mengatasi cirit birit. Apa yang membezakan Vita-Lea (multivitamin) Shaklee dengan multivitamin yang lain? 



KEISTIMEWAAN VITA-LEA!
  • Seiring dengan namanya sebagai MULTIvitamin. Vita-Lea merupakan MULTI yang hebat. Vita-Lea merupakan suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee. 
  • Dengan rumusan 28 vitamin dan mineral penting, Vita-Lea mampu membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik bagi mereka yang mengamalkannya. 
  • Vita-Lea mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan,  penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Vita-Lea juga dilengkapi dengan kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismakan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
continue reading "Keistimewaan Vita-Lea (Multivitamin) Shaklee"

Friday 5 October 2012

Mama Alya's 2nd Handbag and Gadget!!

Sekadar Hiasan
(tiada kaitan sama ada yang hidup @ mati hehe)


Dear My Sweet Little Princess Alya,

Esok mama akan pergi ke PD untuk berkursus. Seperti biasa, esok kursus hari ini baru mama nak bersiap packing. Al-maklum sajalah nak meninggalkan dua bantal peluk mama bukan sesuatu yang mengembirakan hati mama. Melihat keakraban Alya dengan papa, sedikit sebanyak membuat mama cemburu hehe. Mama nak berkongsi cerita dengan mommies di luar sana tentang 2nd handbag mama yang memang sentiasa mama bawa kalau keluar rumah tanpa Alya. Xpenah lupa la. Handbag mama bukanlah jenama LV atau Coach mahupun Guess. Warna hitam tanpa corak dan kecil jek rupanya. Muat2 jek utk bawa gadget penting mama. Gadget ape je pun bukan IPhone 5 atau Galaxy Tab terbaru, tapi mama tetap bangga membawa 2nd handbag mama dan gadget di dalamnya. Alya tentu tahu maksud mama kan? Dua barang ni yang buat mama sentiasa rindu dan teringatkan Alya. Tanpa segan silu mama akan beritahu kalo orang bertanya apa di dalamnya. Hurm, mommies kat luar sana mesti nak tahu kan? hehe (perasan pula mama)…

*Gambar Hiasan
(kira mcm ini la handbag n gadget saya hehe)
Dear Super Mommies,
2nd handbag saya hanyalah berjenama AVENT. Gadget di dalamnya sangat berharga buat saya. Itulah die breastpump saya dan ice packnya. Barang-barang ini merupakan barang paling penting jika saya keje outstation. Pentingnya macam bawa wallet jugalah. Kenapa penting sangat tu? Mestilah penting, setiap kali saya ke pejabat atau keluar dalam jangka masa lama saya akan bawa bersama beg dan pump saya. Bila tiba masa utk memerah, saya akan mengatur masa untuk melaksanakan sesi perahan. Yela semua ini untuk menyediakan stok susu buat Alya permata hati saya. Walaupun stok susu saya tidak semeriah mana berbanding orang lain yang berbelasan 'oz' tu, tapi saya rasa puas hati bila dapat meluangkan masa saya yang begitu berharga dengan menyediakan sesuatu yang amat berharga buat puteri saya tu. Mudah saja, bawa beg, bawa pump, bawa botol untuk simpanan susu atau plastik yang banyak dijual di kedai bayi dan bawa sedikit sabun untuk membasuh botol dan pump. Bila semua dah tersedia, mudahlah usaha saya seterusnya semasa sesi mengepam nanti. 

continue reading "Mama Alya's 2nd Handbag and Gadget!!"

Tuesday 2 October 2012

BONUS ESP!! Kekal sihat, cantik dan bertenaga (^-^)y


Haaa.. Bonus ape yang kita boleh dapat dari ESP ni? Inilah yang saya bersemangat sangat nak berkongsi dengan semua. Bagi yang baru mengenali Shaklee, ESP (Energizing Soy Protein) ini adalah produk PALING HOT di pasaran Shaklee. Kenapa? Sebelum saya kongsi kebaikan ESP ini, apa kata kita jawab dulu soalan di bawah;

1) Mahu badan yang SIHAT dan berTENAGA?
2) Mahu kulit yang CANTIK dan berSERI? Keyakinan juga akan terserlah bukan?
3) Bagi yang mencari nutrisi tambahan unuk diet yang seimbang, adakah anda mencari supplement yang MUDAH dan BEST untuk diamalkan?
4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan, adakah anda berusaha untuk menyediakan STOK SUSU ibu yang BANYAK DAN MENCUKUPI buat si manja anak ada?

5) Bagi isteri-isteri pula pastinya mahu memikat suami dengan bentuk tubuh badan yang WOW!! bukan?


ESP (Energizing Soy Protein) boleh membantu anda untuk merealisasikan jawapan "YA" di atas. Kenapa? Penting sangat ke protein ni sebenarnya?

Protein adalah bahan utama dala pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protien. Kekurangan protien menyebabkan menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman serta masalah penghasilan darah dan hormon.

Antara MANFAAT yang boleh diperolehi dari ESP ialah;


continue reading "BONUS ESP!! Kekal sihat, cantik dan bertenaga (^-^)y"