Sunday 21 October 2012

Ketahui Masalah Tekanan Darah Rendah (Anemia) Semasa Kehamilan dan Cara Mencegahnya..


Antara perkara lain yang dihadapi oleh ibu-ibu ketika hamil adalah masalah tekanan darah rendah. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa tekanan darah rendah boleh berlaku ketika hamil sedangkan ketika tidak hamil, ibu-ibu yang mengalami tekanan darah rendah kebanyakkan sihat. Semasa kita hamil, keperluan zat besi akan ketara meningkat berikutan jumlah darah dalam badan kita bertambah sehingga 50% daripada biasa. Zat besi adalah penting untuk pembinaan haemoglobin, protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel lain. Oleh yang demikian, ketika hamil zat besi tambahan diperlukan bukan setakat bagi pembinaan hemoglobin bagi pertambahan darah sedia ada malah untuk bayi yang sedang membesar di dalam plasenta.

Bagaimana tekanan darah rendah boleh berlaku semasa kehamilan?
  • Kebanyakkan wanita hamil mengalami masalah anemia (tekanan darah rendah) kerana kekurangan zat besi semasa trimester kedua dan ketiga.
  • Risiko anemia lebih tinggi sekiranya wanita hamil yang mengalami masalah ‘morning sickness’ yang teruk sehingga menyebabkan muntah yang kerap,
  • Wanita yang hamil dengan lebih daripada seorang bayi,
  • Jika jarak kehamilan seterusnya adalah dekat (tidak lama selepas bersalin, hamil semula),
  • Jika tidak mengamalkan diet yang kaya dengan zat besi atau jika aliran pra-kehamilan haid adalah banyak.
Haruslah diketahui, keperluan jumlah zat besi bagi ibu-ibu yang hamil adalah 18-27mg sehari. Sebaik-baiknya ibu-ibu hamil mengambil makanan tamabhan harian yang mengandungi sekurang-kurangnya 30mg zat besi sebagai dos pencegahan anemia. Terdapat pelbagai supplement pranatal yang menawarkan kadungan zat besi ini. Selain kekurangan zat besi, anemia juga boleh berpunca dari ketidak cukupan asid folik atau vitamin B12, kehilangan darah yang banyak atau dari penyakit-penyakit tertentu atau gangguan darah yang diwarisi seperti penyakit ‘sickle cell disease’.

Antara simptom yang menunjukkan kemungkinan anda mempunyai tekanan darah rendah (anemia);
  1. Anda mungkin berasa cepat letih, lemah, dan pening. (kebanyakkan wanita hamil mengalaminya, kadang kala ianya bukanlah anemia).
  2. Kelihatan pucat (terutamanya dalam kuku, bawah kelopak mata dan bibir).
  3. Degupan jantung yang lebih pantas dan sesak nafas.
  4. Sakit kepala, pening, cepat marah dan masalah untuk menumpukan perhatian.
  5. Akhirnya, beberapa kajian telah mendapati hubungan antara anemia teruk kekurangan zat besi dan keinginan untuk bahan-bahan bukan makanan seperti ais, kertas, atau tanah liat.

Kesan buruk anemia terhadap kehamilan sekiranya tidak mengambil rawatan atau diabaikan;
  • Berisiko untuk mengalami keguguran. 
  • Kelahiran pramatang
  • Bayi kecil dan bermasalah
  • Kematian bayi dalam kandungan
  • Jiwa ibu terancam
  • Koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.


Bagaimana kekurangan zat besi anemia dirawat?
  • Jika ujian anda menunjukkan bahawa anda mempunyai anemia kekurangan zat besi, doktor akan menetapkan zat besi tambahan. Dos akan bergantung kepada keterukan anemia anda, kemungkinan anggran di antara 60 hingga 120 mg.
  • Dalam usaha untuk menyerap seberapa banyak besi yang mungkin, adalah lebih baik untuk mengambil pil zat besi anda pada perut kosong. Boleh dimakan dengan minuman air atau jus oren (vitamin C membantu penyerapan), tetapi tidak dengan susu (kalsium mengganggu penyerapan). Kopi dan teh juga menghalang penyerapan.
  • Dalam masa seminggu atau lebih selepas memulakan rawatan, anda perlu menghasilkan banyak sel-sel darah merah yang baru dan tahap hemoglobin anda akan mula meningkat. Ia biasanya mengambil masa hanya beberapa bulan untuk anemia untuk menyelesaikan, tetapi penjaga anda mungkin akan menasihati anda untuk terus mengambil makanan tambahan besi untuk beberapa bulan supaya anda boleh menambah kedai besi anda.

Bagaimana cara untuk mencegah dari anemia semasa kehamilan?
  1. Mengamalkan diet pemakanan yang kaya denga zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buhan kering seperti prune dan kismis, biji-bijian tauhu, labu dan hati.
  2. Mengamalkan pemakanan ubat seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor.
  3. Dapatkan rawatan awal sekiranya anda mendapat simptom-simptom awal anemia seperti di atas.
  4. Menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta mendapatkan rehat yang cukup dan berkualiti.

Jika anda antara ibu-ibu hamil yang mengalami masalah tekanan darah rendah (anemia), Set Kehamilan Shaklee mungkin boleh membantu anda. Set Kehamilan J mengandungi;


  • B Complex Shaklee – yang mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan dan asid folik.
  • Vitamin C Shaklee – yang mengandungi 120mg bioflavanoid yang juga dikenali sebagai vitamin C Complex.
  • Vitalea (Multivitamin Shaklee) – mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting termasuk zat besi.
  • Ostematrix (Kalsium Shaklee) – mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
* Sekiranya anda telah mengambil set ini obimin dan asid folik tidak perlu diambil.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Set J (Kehamilan) ini, anda boleh menghubungi saya di 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12. Pastikan anda membeli produk SHAKLEE daripada saya atau pengedar SHAKLEE yang sah bagi mendapatkan cara permakanan yang berkesan. Konsultansi percuma akan disediakan kepada pembeli di mamaalyabiz.blogspot.com. Terima kasih ^_^.

3 comments:

  1. Asalam sis, paling saya suka info ini sis, sangant berterima kasih dengan infonya yang amat berguna bagi saya. mohon share info nya ya sis. sis bole lah visit saya www.healthyfamily9.com.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Maaf sis, saya dah lama tidak buka blog berikutan agak sibuk mempersiapkan diri untuk berkursus panjang.. Sangat-sangat dialu-alukan untuk berkongsi ilmu dan info yang ada =)

    ReplyDelete
  3. salam..thanks for the info..saya dah 10 week..set j tu masih boleh diambil ketika trimester ke-2 ke?

    ReplyDelete