Friday 26 October 2012

AIDILADHA (10 ZULHIJJAH) YANG PENUH RAHMAT DAN KESYUKURAN


Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) ini perlulah disambut dengan penuh kerahmatan dan kesyukuran. Pada hari yang penuh barakah ini, sebenarnya mengingatkan kita kepada pengorbanan dua Nabi Allah iaitu Nabi Ibrahim a.s dan puteranya Nabi Ismail a.s. Jika kita menyusuri sejarah kedua-dua Nabi Allah yang begitu taat dengan perintah Allah S.W.T. sehingga sanggup mengorbankan sesuatu yang amat dikasihi, terfikirkah kita samaada kita mampu melakukan pengorbanan sebesar itu hanya kerana Allah? Pengajaran dari kisah pengorbanan mereka hendaklah kita hayati dengan penuh kesyukuran dan rasa keinsafan agar iman kita kepada Allah sentiasa dapat dipertingkatkan.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah” (Hadis Riwayat Abu Hurairah”.

Antara perkara sunat yang boleh dibuat di Hari Raya Aidiladha adalah seperti berikut;
  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangi-wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad). Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).
  6. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  7. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  8. Ibadah Korban. Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
  9. Elakkan menyambut hari raya daripada perkara-perkara yang ditegah syarak.  
HIKMAH AIDILADHA
  • Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.
  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.

Banyak perkara sunat yang boleh kita lakukan bagi mengejar peluang keemasan yang diberikan Allah. Marilah kita sama-sama mengajak ahli keluarga dan mereka yang berada disekeliling kita untuk menyambut Aidiladha dengan penuh penghayatan dan kesyukuran. Salam Aidiladha dari MamaAlyaBiz!

Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sebarang produk SHAKLEE, sila hubungi saya di 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment