Saturday 13 October 2012

Pengambilan Air yang Mencukupi



Gaya hidup masakini dengan kesibukan yang berpanjangan tidak bermakna kita tidak mengambil berat kepada keperluan badan kita. Seringkali kita dikaitkan dengan pengambilan air putih (a.k.a air masak @ air kosong) yang banyak dalam keadaan cuaca panas sahaja. Berikutan dengan ini, cuaca sejuk dan berada di bilik yang berhawa dingin membuatkan kita alpa dan membuat alasan untuk tidak mengambil air putih yang mencukupi. Sekaligus menjadikan penghuni bilik berhawa dingin sebagai mangsa ‘kekeringan’ tertinggi. Tidak kira cuaca, gaya hidup mahupun kesibukan yang dialami, setiap individu perlu mengambil air kosong yang mencukupi dan memastikan tubuh badan sentiasa terhidrat. Tahukah anda pengambilan minuman berperisa, bersoda, teh mahupun kopi adalah kebanyakannya bersifat menyahidratkan tubuh?

Mengapa kita perlu menitikberatkan pengambilan air putih ini?

Sistem badan kita ini diibaratkan seperti sebuah enjin kereta, apabila tangki air radiotar kering, serta merta overheating akan berlaku. Begitulah tubuh badan kita, kekurangan air boleh menyebabkan kita ‘dehydration’. Oleh sebab itu kita seringkali disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Jumlah 8 gelas iaitu lebih kurang 2.5L ini dianggarkan air yang diperlukan untuk setiap kalori makanan yang kita ambil (tubuh badan dewasa memerlukan 2,500 cal setiap hari).

Ketika kita makan, usus dihujung perut akan mengecut menyebabkan makanan berada di dalam perut untuk seketika bagi tujuan penghadaman. Air yang diminum digunakan untuk menjadikan makanan ini menjadi cecair. Setelah makanan menjadi lembut ianya akan dihantar ke usus untuk tujuan serapan. Jika kita tidak cukup minum air, sistem pencernaan akan mengambil cecair dari darah, perut dan usus agar makanan yang hendak diproses akan menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil. Bolehkah kita bayangkan apa akan terjadi kepada sistem badan kita jikalau air seringkali tidak mencukupi? 

Oleh yang demikian kita haruslah memastikan pengambilan air putih ini sentiasa mencukupi. Bagi ibu-ibu yang menyusukan, amalan pengambilan air yang mencukupi ini akan membantu tubuh anda untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Pengambilan makanan yang berkhasiat, nutrisi  dan pengambilan air yang mencukupi akan membuatkan badan kita lebih bertenaga dan membantu proses penghasilan susu. 

*Botol kegemaran
saya ^-^
Manakala bagi ibu-ibu dan isteri-isteri di luar sana yang mengambil berat tentang suami dan anak-anak, jom kita usahakan agar pengambilan air mereka yang kita kasihi ini mencukupi dengan menyediakan bekas air yang diisi air putih kepada mereka ke pejabat, sekolah mahupun kemana sahaja. Tabiat ini dapat dipupuk sekiranya ia memudahkan dan menjadi kekerapan.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sebarang produk SHAKLEE, sila hubungi saya di 012-3964606 atau add FB saya Nnurull Nmh atau like fanpage saya mamaalyabiz12. Terima kasih. Free gift', panduan pemakanan dan konsultasi percuma disediakan bagi pelanggan mamaalyabiz. ^-^ 

No comments:

Post a Comment