Monday 11 July 2016

Oh My Berat Badan!! BEFORE Ramadhan, DURING Ramadhan dan AFTER Ramadhan

Eid Mubarak Semua! Lama betul tidak berblogging. Apa khabar 'BERAT BADAN' semua? Huhu tak payah nak susah-susah tanya berat badan orang lain, berat badan Mama Alya ni pun seram nak cerita.



Bila kita berpuasa, kita sebenarnya dah beri kerehatan dan membantu fungsi tubuh badan untuk di'service' dengan baik. Jadi ramai yang akan berkurangan berat badan dan lemak ketika di bulan Ramadhan. Dugaan akan berlaku bila Syawal menjelma. Meraikan kemenangan itu dengan syukur dan wasatiah itulah yang menjadi tuntutan. Namun...... Bagi manusia yang mempunyai iman yang kurang dalam menepis nafsu makan macam saya ni, aduhaiiiii tergoda betul bila nampak hidangan raya ni. Mana tidaknya hidangan yang bukan selalu dinikmati. Makanya ramailah yang akan menghadapi masalah seperti gambar di atas. OHHH TIDAK!!

Satu kerugian jika kita mengabaikan makanan yang diambil tanpa menyemak knadungan kolestrol di dalam pemakanan kita. Kesian perut dan badan kita kan? Huhu... Saya pun tak nafikan saya makan banyak juga di hari raya baru-baru ni. Lepas dah makan barulah rasa menyesal. Bila perut dah kenyang sangat, mulalah rasa tidak selesa. Sekarang tibalah masanya untuk sambung puasa sunat ye. Selain tu saya juga mula amalkan semula set 3B kegemaran saya yang dulu. Set 3B ni ada juga yang panggil set pelangsingan... Gitew... Mujurlah saya beraya ke kampung, bawa pulang sekali set 3B ni. Malam raya pertama ambil, terasa badan lebih selesa dan senang membuang.

Set 3B tu apa? Haa... Inilah Set 3B yang saya mula amalkan sekarang, Nanti kita tengok AFTER Syawal macam mana khabar 'berat badan' saya ye hehe..

Set 3B ni melibatkan 3 asas utama iaitu; 
  1. BAKAR (proses memecah lemak juga akan membantu membakar lemak dan kolestrol); 
  2. BUANG (proses detox yang penting menyingkirkan toksin-toksin dalam badan yang menghalang penyerapan nutrisi yang sempurna); dan 
  3. BINA (protein diambil penting untuk memeliharea otot dalam badan dimana otot memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisme badan bagi proses pembakaran lemak).
Set 3B mempunyai ketiga-tiga asas pelangsingan badan di atas. Beberapa hari mengamalkannya dah buat saya rasa selesa dan jatuh cinta dengan set 3B ni. Anda bila lagi? Jangan lambat, kesihatan tubuh badan kita, tanggungjawab kita. Eh... Betul la kan... (^o^)


Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee, sila hubungi saya;
MamaAlyaBiz (Nurul)
SMS/Whatsapp: 012-3964606
Email : MamaAlyaBiz@gmail.com
PM Admin : MamaAlyaBiz
(COD: Kajang, BTHO, Bangi dan Putrajaya)

* Suplemen/Vitamin tambahan bukanlah ubat. Pengambilan suplemen adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet seharian yang tidak seimbang. Tetapi, dengan memastikan badan mendapat zat dan nutrisi yang diperlukan, secara tidak langsung banyak masalah kesihatan dapat diatasi. Pengambilan suplemen Shaklee bergantung kepada masalah kesihatan, tahap kesihatan, cara hidup dan keperluan nutrisi individu. 

* These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
continue reading "Oh My Berat Badan!! BEFORE Ramadhan, DURING Ramadhan dan AFTER Ramadhan"

Thursday 27 November 2014

Apa itu Resdung? Ketahuilah punca resdung dan cara untuk mengatasinya

Adakah anda menghidap penyakit RESDUNG? Secara ringkasnya penyakit resdung ini adalah berkaitan dengan penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Pesakit yang menghidap penyakit ini akan merasakan diri mereka dalam keadaan yang tidak selesa kerana kegatalan dan alahan yang dihadapi. 

Adakah anda mengalami masalah resdung? Tahukah anda punca masalah ini? 
Bagaimana untuk anda mengatasinya?

Menurut Dr. Ahmad Nordin, seorang pakar ENT dalam penulisannya di www.mmgazett.com, terdapat 2 penyakit utama yang dikaitkan dengan istilah resdung ialah;

‘Allergic rhinitis’ (rhinitis alahan)
Dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca. Sejarah keluarga juga menunjukkan wujudnya penyakit yang sama atau penyakit asma atau ‘eczema’.

Sinusitis
Dalam penyakit ini, seseoramg itu akan mengalami hingus yang kemungkinan bewarna kuning, hijau atau bercampur darah. Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi; sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Sumbat hidung dan demam boleh berlaku. Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu.

Antara punca yang membolehkan tercetusnya penyakit resdung ini pada seseorang individu adalah seperti berikut;
  1. Alahan pada debu atau habuk atau debunga.
  2. Alahan pada sesetngah pemakanan seperti belacan atau seafood.
  3. Terdedah kepada perubahan cuaca.
  4. Terdedah kepada pencemaran udara.
  5. Sejarah keluarga yang mungkin mempunyai penyakit yang sama atau asma dan ekzema,

Antara cara untuk mengatasinya?
  1. Berjumpalah dengan doktor bagi memastikan tahap resdung anda. Dapatkan khidmat nasihat dari mereka.
  2. Memastikan persekitaran anda sentiasa bersih.
  3. Menjaga pemakanan anda. Kenalpasti dan elak pengambilan makanan yang anda alah sehingga mencetus kepada penyakit resdung ini.
  4. Mengamalkan pemakanan yang bernutrisi tinggi bagi memastikan sistem imun badan tidak lemah. Anda juga boleh mengambil suplemen sebagai alternatif. 

Bagi pesakit resdung yang tercari-cari suplemen yang boleh melegakan mereka dari masalah resdung ini, anda boleh mencuba. Set Resdung Shaklee. Set resdung shaklee ini terdiri dari 3 suplemen penting yang baik untuk membantu pesakit resdung.

B-Complex
  • Lengkap dengan 8 ahli Vitamin B yang boleh membantu memulihara selaput lendir serta memelihara kesihatan badan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan lemak, protein dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat.
  • Membantu untuk meredakan alahan.

Alfalfa Complex
  • Mengandungi Membantu badan mengatasi keradangan
  • Membantu untuk melawan alahan seperti kulit dan hidung sensitif.
  • Kaya dengan sumber klorofil yang mampu membantu melawan jangkitan dan membantu menghalang serangan bakteria.

Sustained Released Vita C
  • Vitamin C yang bersifat pelepasan masa (sustained release). 
  • Merupakan agen antioksidan yang boleh membantu badan memerangi kimia toksin.
  • Membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dan membantu menentang jangkitan (infection).



Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee, sila hubungi saya;
MamaAlyaBiz (Nurul)
SMS/Whatsapp: 012-3964606
Email : MamaAlyaBiz@gmail.com
PM Admin : MamaAlyaBiz
(COD: Kajang, BTHO, Bangi dan Putrajaya)

* Suplemen/Vitamin tambahan bukanlah ubat. Pengambilan suplemen adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet seharian yang tidak seimbang. Tetapi, dengan memastikan badan mendapat zat dan nutrisi yang diperlukan, secara tidak langsung banyak masalah kesihatan dapat diatasi. Pengambilan suplemen Shaklee bergantung kepada masalah kesihatan, tahap kesihatan, cara hidup dan keperluan nutrisi individu. 

* These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
continue reading "Apa itu Resdung? Ketahuilah punca resdung dan cara untuk mengatasinya"

Tuesday 25 November 2014

Kesan Omega-3 kepada Pesakit Asma


Asma @ Asthma merupakan antara penyakit yang melibatkan sistem respiratori kita. Penyakit ini menganggu paru-paru dari berfungsi secara sihat, dimana berlaku keradangan dan sekaligus mengakibatkan pengucupan saluran pernafasan. Dengan kehadiran penyakit asma ini, pesakit akan mengalami nafas berbunyi, batuk berterusan dan sesak nafas atau semput.
Kajian menunjukkan kanak-kanak lebih mudah menghidap penyakit asma ini. Jika anak-anak anda sering mangalami batuk yang berterusan dan berkahak, anda sebagai ibubapa harus cakna kerana ianya merupakan simptom-simptom penyakit asma. Ruam, resdung dan selesema di awal pagi juga merupakan simptom-simptom penyakit ini. Kanak-kanak yang mengalami penyakit asma ini mudah dijangkiti kuman pada paru-parunya. Seringkali kita dengar kanak-kanak yang menghidap asma dimasukkan ke hospital berikutan dari demam atau selesema.



Tiada ubat yang khusus untuk menyembuhkan seseorang dari penyakit asma ini. Tetapi ianya dapat dicegah dengan mengawal dari berlakunya simptom-simptom asma dari menyerang seseorang. Sebagai langkah pencegahan, pesakit hendaklah  menjauhi faktor-faktor yang boleh mendorong kepada serangan asma itu sendiri. Antaranya  memastikan persekitaran yang bersih, menghindari tempat yang berdebu dan berhabuk, menghindari dari perkara yang menjadikan emosi tidak terkawal, depresi atau penat serta tidak melakukan aktiviti fizikal yang terlalu membebankan. Gaya hidup yang sihat juga perlu diamalkan seperti bersenam dan melakukan aktiviti rekreasi. Selain itu, pesakit asthma juga perlulah memerhati diet pemakanannya. Amalan suplemen Omega-3 mampu membantu mengurangkan serangan asthma.  

Bagaimana Omega-3 dapat membantu mengurangkan serangan asma?

Asid Lemak yang terkandung dalam Omega-3 merupakan satu suplemen yang boleh diambil oleh penghidap asma, kerana Omega-3 bertindak sebagai agen anti-keradangan. Ia memberikan kesan perlindungan dari pengecutan sistem pernafasan. Tahukah anda ketika pesakit diserang asma, secara automatik badan pesakit tersebut akan menghasilkan lebih 3 kali ganda ‘leukotriene B4’ (LTB4), iaitu bahan keradangan. Dengan Asid Lemak Omega-3, badan pesakit dapat mengurangkan penghasilan LTB4 ini dan akan membantu meningkatkan penghasilan bahan saing bagi LTB4 ini iaitu dikenali sebagai LTB5. Penghasilan LTB5 yang lebih banyak dapat membantu mengurangkan serangan asma.  

Shaklee mempunyai suplemen Omega-3 yang dipanggil Omega Guard. Apakah keistimewaan Omega Guard berbanding suplemen Omega jenama lain?

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.




Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee, sila hubungi saya;

MamaAlyaBiz (Nurul)
SMS/Whatsapp: 012-3964606
Email : MamaAlyaBiz@gmail.com
PM Admin : MamaAlyaBiz
(COD: Kajang, BTHO, Bangi dan Putrajaya)
continue reading "Kesan Omega-3 kepada Pesakit Asma"

Tuesday 28 October 2014

Tips Kurus Secara Sihat Bersama Set Slimming Shaklee


Ramai wanita mahupun lelaki berusaha untuk menguruskan badan. Pelbagai sebab mereka hendak menguruskan badan. Antara sebab paling utama adalah untuk kesihatan dan penampilan yang lebih menarik.

  • Bagaimana hendak kurus secara sihat? 
  • Perlukah kita berpantang atau mengikat perut? 
Shaklee menawarkan produk-produk suplemen yang boleh membantu merealisasikan impian anda untuk kurus. Berikut adalah 3 konsep utama untuk mengawal berat badan dengan Set Pelansingan Shaklee.

  1. BAKAR - Lecithin / Omega : Berfungsi sebagai pemecah atau pembakar lemak 
  2. BUANG - Alfalfa / Herb
    lax : Berfungsi memecahkan /membuang lemak dan toksin dari badan
  3. BINA BADAN - ESP / Cinch : Berfungsi membina otot dan mengelakkan kulit menggelebeh 

Adakah memadai dengan sekadar mengambil Set Pelangsingan Shaklee akan membuatkan saya kurus? Itulah antara soalan yang kerap diterima. Ramai yang mengambil produk shaklee tetapi tidak mengamalkan cara pemakanan yang salah. Tahukah anda mana-mana produk pelangsingan tidak akan berkesan sekiranya anda tidak mengamalkan kaedah / cara yang betul. Jadi bagaimana hendak memastikan ianya berkesan dan anda dapat mencapai target untuk kurus secara sihat? Ikuti 4 langkah mudah (jika betul-betul fokus =D). 
continue reading "Tips Kurus Secara Sihat Bersama Set Slimming Shaklee"

Thursday 23 October 2014

BAWANG PUTIH.. Bukan sekadar 'condiment atau seasoning' sahaja.




Bawang Putih (Garlic) bukanlah bahan asing bagi kita, ia dijadikan sebagai salah satu bahan yang memberi penambah perisa dalam masakan Melayu, Cina mahupun India. Walaupun sedikit sahaja penggunaannya, bawang putih ini tidak pernah diketepikan sebagai bahan pelengkap. Terdapat juga mereka yang menolak untuk mengambil bawang putih berikutan baunya yang kurang menyenangkan. Saya yakin apabila anda mengetahui khasiat bawang putih ini pastinya anda tidak menghiraukan baunya, malah mengambil bawang putih secukupnya dalam sehari. 

Pernahkan anda terfikir khasiat yang terdapat pada bawang putih ini selain sebagai pelengkap masakan?  Di bawah adalah sedikit info mengenai kebaikan/manfaat bawang putih untuk dikongsi bersama;
  1. Membantu mempertingkatkan sistem imunisasi. 
  2. Turut membantu mempertingkatkan sistem pencernaan / penghadaman.
  3. Mengandungi banyak iodin.
  4. Membantu merendahkan tahap KOLESTROL dalam tubuh.
  5. Nilai Antibakteria dan antivirus - antibiotik semulajadi.
  6. Antiinflamasi.
  7. Membantu mengurangkan risiko strok (Hipertensi Kaunter).
  8. Membantu mengurangkan risiko kanser.
  9. Memerangi dan mencegah selesema - menghalang alergi.
  10. Nilai Antioksidannya yang membantu mencantikkan kulit. 
*kredit kepada herbadantumbuhan.blogspot.com
continue reading "BAWANG PUTIH.. Bukan sekadar 'condiment atau seasoning' sahaja. "

Wednesday 22 October 2014

TEH TERBAIK BUAT KESIHATAN SEISI KELUARGA

Adakah anda penggemar minuman panas seperti kopi dan teh? Adakah anda mencari minuman teh yang boleh memberikan tenaga dan selamat untuk diminum serta memberikan bonus untuk kesihatan anda?
Apa kata anda cuba ambil Shaklee Cinch Energy Tea Mix 

* Ianya SELAMAT 
* Ianya boleh membantu MENINGKATKAN TENAGA dan KETAHANAN DIRI 
* TANPA GLUTEN
* TIADA PERISA TIRUAN, PEWARNA DAN BAHAN PEMANIS


continue reading "TEH TERBAIK BUAT KESIHATAN SEISI KELUARGA"

Tuesday 21 October 2014

Ostematrix, Kalsium Yang Baik Untuk Tulang Anda!


  • Adakah sukar untuk anda mengambil susu?
  • Adakah anda mengambil makanan yang mengandungi kalsium yang mencukupi untuk tulang anda? 
  • Tahukah anda pengambilan kalsium yang rendah merupakan faktor risiko utama berlakunya penyakit osteoporosis (tulang poros/ tulang mereput)?

Apa itu kalsium? Kalsium merupakan mikro mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita, terutamanya bagi pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Kekurangan kalsium boleh menjejaskan kesihatan tulang dan mengakibatkan penyakit osteoporosis. Bagi menjaga kesihatan tulang, kita perlu mengambil sumber kalsium yang mencukupi dalam diet harian. Hasil penyelidikan dari Universiti Putra Malaysia bersama Universiti Otago, New Zealand telah menunjukkan wanita Malaysia kekurangan 50% keperluan kalsium harian. Berikut adalah keperluan kalsium yang diperlukan oleh setiap individu; 

* Bayi kurang 1 tahun : 400-600mg kalsium sehari
* Kanak-kanak (1-10 tahun) : 800mg kalsium sehari
* Remaja (11-24 tahun) : 1200mg kalsium sehari
* Orang dewasa (25 tahun ke atas) : 800mg kalisum sehari
* Umur 50 tahun ke atas : 1000mg kalsium sehari
* Wanita Hamil / Ibu Menyusui : 1200mg kalsium sehari

Sumber makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi adalah susu, keju, yogurt, sayuran hijau, ikan salmon, buah-buahan kering, kacang soya, biji wijen, lobak, bijirin(oatmeal), brokoli, badam, pisang dan ikan sardin. Selain kalsium, nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D amat diperlukan bagi mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.


Ostematrix merupakan suplemen Shaklee yang boleh membantu meningkatkan ketumpatan tulang. Ostematrix bukan sekadar kalsium biasa, malah turut mengandungi magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil sama bagi memastikan kadar penyerapan kalsium 99% dan menghalang endapan sesetengah mineral. Formula yang unik inilah menjadikan ostematrix kalsium yang seimbang (terbukti secra klinikal meningkatkan 'absorbtion' kalsium) dan berbeza dari suplemen kalsium lain.
continue reading "Ostematrix, Kalsium Yang Baik Untuk Tulang Anda!"