Tuesday 21 October 2014

Ostematrix, Kalsium Yang Baik Untuk Tulang Anda!


  • Adakah sukar untuk anda mengambil susu?
  • Adakah anda mengambil makanan yang mengandungi kalsium yang mencukupi untuk tulang anda? 
  • Tahukah anda pengambilan kalsium yang rendah merupakan faktor risiko utama berlakunya penyakit osteoporosis (tulang poros/ tulang mereput)?

Apa itu kalsium? Kalsium merupakan mikro mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita, terutamanya bagi pembentukan tulang dan gigi yang sihat. Kekurangan kalsium boleh menjejaskan kesihatan tulang dan mengakibatkan penyakit osteoporosis. Bagi menjaga kesihatan tulang, kita perlu mengambil sumber kalsium yang mencukupi dalam diet harian. Hasil penyelidikan dari Universiti Putra Malaysia bersama Universiti Otago, New Zealand telah menunjukkan wanita Malaysia kekurangan 50% keperluan kalsium harian. Berikut adalah keperluan kalsium yang diperlukan oleh setiap individu; 

* Bayi kurang 1 tahun : 400-600mg kalsium sehari
* Kanak-kanak (1-10 tahun) : 800mg kalsium sehari
* Remaja (11-24 tahun) : 1200mg kalsium sehari
* Orang dewasa (25 tahun ke atas) : 800mg kalisum sehari
* Umur 50 tahun ke atas : 1000mg kalsium sehari
* Wanita Hamil / Ibu Menyusui : 1200mg kalsium sehari

Sumber makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi adalah susu, keju, yogurt, sayuran hijau, ikan salmon, buah-buahan kering, kacang soya, biji wijen, lobak, bijirin(oatmeal), brokoli, badam, pisang dan ikan sardin. Selain kalsium, nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D amat diperlukan bagi mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.


Ostematrix merupakan suplemen Shaklee yang boleh membantu meningkatkan ketumpatan tulang. Ostematrix bukan sekadar kalsium biasa, malah turut mengandungi magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil sama bagi memastikan kadar penyerapan kalsium 99% dan menghalang endapan sesetengah mineral. Formula yang unik inilah menjadikan ostematrix kalsium yang seimbang (terbukti secra klinikal meningkatkan 'absorbtion' kalsium) dan berbeza dari suplemen kalsium lain.

Manfaat Utama Ostematrix:
1) Menguatkan tulang - Kalsium boleh menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga boleh merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, ekzema, kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat.

2) Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur boleh membantu membaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

3) Meringankan tekanan - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf. Sekaligus menggalakkan tidur yang lebih selesa, memperbaiki jantung berdebar dan gementar. Ia juga membantu memperbaiki tekanan / depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4) Memperbaiki masalah ketika haid/menstrual - kajian menunujukkan dengan pengambilan 1000mg kalisum dan magnesium serentak, ia boleh membantu meringankan sakit ketika haid dan membantu membuang air kecil.

5) Pengalkalian tubuh - kalsium adalah mineral alkalian. Ia dapat mengimbangi pH tubuh. Selain itu, kalsium dapat membantu sel menyerap nutrien dan mernsang detoksifikasi.



Pastikan anda memilih OSTEMATRIX, KALSIUM PREMIUM iaitu kalsium yang mengandungi Vitamin D dan Magnesium. Ostematrix adalah suplemen kalsium yang terbaik untuk kesihatan tulang anda. Hubungi saya (sms/call/whatapps) di talian 012-3964606 atau email di mamaalyabiz@gmail.com sekiranya anda ingin membeli produk ini atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ostematrix. Pastikan tulang anda sihat dan kuat dengan membekalkan kalsium yang mencukupi! 


No comments:

Post a Comment